Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Satu lagi kekalahan dijangka kuatkan lagi desas-desus Mourinho dipecat dari Old Trafford

Oct 06, 2018 | 05:30 AM



MANCHESTER (Britain): Satu lagi kekalahan hari ini - menentang Newcastle United di Old Trafford (12.30 tengah malam ini waktu Singapura) - hampir pasti akan menguatkan lagi desas-desus bahawa masa depan pengurus Jose Mourinho bersama Manchester United menjadi semakin kelam.



Kali terakhir United memulakan musim baru dengan seburuk ini ialah pada 1989.



Dengan tiga kekalahan daripada tujuh perlawanan awal, pasukan pimpinan Mourinho terkial-kial di tangga ke-10 liga. Gawang mereka juga dibolosi 12 gol sejauh ini - sesuatu yang hanya mereka alami pada 17 Disember pada cabaran musim lalu.



Jadi, pertemuan dengan Newcastle - yang juga terdesak mencatatkan kemenangan dan kini menduduki di tiga tangga terbawah liga - memberikan peluang kepada Mourinho mengembalikan keyakinan pasukannya.



Atau juga meletakkan pengurus asal Portugal itu di ambang dipecat daripada tugasnya itu jika pasukannya mengalami satu lagi kekalahan.



Sebahagian besar daripada masalah yang membelenggu United sejak memulakan musim baru ini ialah apa yang dianggap sebagai kegagalan Mourinho membentuk barisan pertahanan utama pasukannya.



Beliau telah menurunkan sehingga sembilan pemain pertahanan berbeza sepanjang 10 perlawanan United dalam tiga kejohanan yang disertai pasukan itu musim ini.



"Kami tidak mempunyai keupayaan teknikal untuk melancarkan serangan dari benteng pertahanan kami," keluhnya awal minggu ini sekalipun kegagalan pasukannya membendung pasukan lawan juga sesuatu yang memeningkan kepalanya.



Mourinho juga kelihatan tidak menaruh kepercayaan penuh ke atas empat pemain pertahanan seniornya - Chris Smalling, Phil Jones, Eric Bailly dan Victor Lindelof - sekalipun dua pemain terakhir itu telah didapatkannya sendiri.



Dalam usaha mengatasi kerapuhan benteng pasukannya itu, Mourinho turut menampilkan beberapa penyelesaian yang menarik termasuk mengetepikan Bailly di bangku pemain simpanan dan meletakkan pemain midfield Scott McTominay sebagai salah satu daripada tiga bek tengah semasa menentang West Ham United minggu lalu.



Ini bukanlah kali pertama Mourinho mengambil keputusan yang menimbul pelbagai tanda tanda - seorang lagi tunggak midfield, Ander Herrera, turut digunakan sebagai pemain pertahanan semasa kekalahan 0-3 United kepada Tottenham Hotspur pada Ogos lalu.



Terdapat spekulasi bahawa pemilihan pemain yang bercelaru itu merupakan satu 'protes' ke atas naib pengerusi United, Ed Woodward, yang enggan memberikan persetujuan kepada usul Mourinho bagi mendapatkan bintang pertahanan England, Harry Maguire, dari Leicester.



Woodward dilaporkan keberatan membelanjakan bayaran pemindahan lebih £70 juta ($125.8 juta) seperti yang dituntut Leicester.



United pada musim panas ini juga dikaitkan dengan pemain pertahanan Tottenham Toby Alderweireld dan Jerome Boateng dari Bayern Munich tetapi kededua pemindahan itu tidak menjadi kenyataan apabila mereka memulakan musim baru ini.



Apa juga spekulasinya sekarang, Woodward dan penyokong United mungkin akan hilang sabar jika melihat pasukan mereka menyajikan satu lagi persembahan bercelaru apabila menerima kedatangan Newcastle nanti sebelum ujian lebih getir yang menantinya selepas ini - menentang Chelsea dan Juventus dalam Liga Juara-Juara.



Perlawanan lain hari ini menyaksikan Tottenham menerima kedatangan Cardiff manakala Everton yang kian menunjukkan peningkatan memberangsang bertandang ke padang Leicester.



Perlawanan besar hujung minggu ini tentunya pertembungan antara dua pasukan di tanga teratas - Liverpool menentang Manchester City - esok manakala Arsenal bertandang ke padang Fulham juga esok. - Agensi berita.




JADUAL



Hari ini:



Tottenham lwn Cardiff

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 9.50 malam



Leicester lwn Everton

Singtel TV Sal 103 & StarHub TV Sal 228, 9.50 malam



Crystal Palace lwn Wolves

Singtel TV Sal 104 & StarHub TV Sal 229, 9.50 malam



Watford lwn Bournemouth

Singtel TV Sal 105 & StarHub TV Sal 230, 9.50 malam



Burnley lwn Huddersfield

Singtel TV Sal 106 & StarHub TV Sal 231, 9.50 malam



Man United lwn Newcastle

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 12.30 tengah malam



Esok:



Fulham lwn Arsenal

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 7 malam



Southampton lwn Chelsea

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 9.15 malam



Liverpool lwn Man City

Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 11.30 malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >