Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSIAPAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2019

Satu lagi kekalahan tetapi Sundram tetap positif

Nov 11, 2017 | 05:30 AM



SATU lagi perlawanan, satu lagi kekalahan.



Namun, jurulatih pasukan bola sepak Singapura, V. Sundram Moorthy, tetap positif menjelang pertarungan genting Singa apabila turun menentang Bahrain dalam kelayakan Piala Asia di Stadium Negara pada Selasa ini.



Dengan Singa terpaku di tangga corot Kumpulan E - dengan hanya dua mata selepas empat perlawanan - pasukan pimpinan Sundram tiada pilihan lain kecuali mencatatkan kemenangan ke atas Bahrain jika mahu terus bersaing mendapat tempat ke Piala Asia 2019 nanti.



Seri atau kalah akan meranapkan harapan Singa untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak terbesar rantau Asia ini yang akan dihoskan Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Malangnya, persiapan Singa sebelum menghadapi pertarungan 'hidup atau mati' itu turut berakhir dengan kekalahan apabila mereka tewas 0-1 kepada Lebanon dalam satu perlawanan ujian kelmarin.



Kekalahan itu juga bermakna Singa telah melalui tempoh setahun - yang melibatkan 13 perlawanan - tanpa mencatatkan satu kemenangan pun.



Kali terakhir Singa merasakan manis kemenangan adalah semasa menewaskan Kemboja 1-0 dalam satu perlawanan persahabatan pada 13 November tahun lalu.



Di sebalik statistik yang agak mengecewakan itu, ketua jurulatih Singa berusia 52 tahun itu tetap positif terutama dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan anak didiknya.



"Kami telah bermain dengan pasukan-pasukan yang kuat... pemain kami begitu bersemangat dan terus menunjukkan peningkatan," ujar Sundram, merujuk kepada pertemuan dengan pasukan di tangga ke-97 Fifa, Qatar (kalah 1-3), dan pasukan keempat terbaik dunia, Argentina (kalah 0-6), sebelum ini dengan Singa pula kini berada pada kedudukan paling bawah ranking Fifa iaitu tangga ke-173.



"Pemain kami terus beraksi dengan penuh semangat... kami mempunyai satu atau dua peluang jaringan yang seharusnya dimanfaatkan."



Ditanya mengenai pertemuan dengan Bahrain pula, Sundram berkata:



"Yang pasti, ia satu perlawanan yang sukar... mereka mempunyai skuad yang berbakat.



"Tetapi pemain kami semuanya begitu bersemangat setiap kali menyarungi jersi negara, jadi saya yakin mereka akan memberikan yang terbaik.



"Melayakkan diri ke Piala Asia tentu sekali baik bagi bola sepak Singapura tetapi kami perlu fokus bagi menewaskan Bahrain terlebih dahulu."



Untuk mencatatkan kemenangan, jentera serangan Singa juga perlu segera mengembalikan sentuhan tajam di hadapan gol - sesuatu yang juga jarang-jarang mereka dapat lakukan sejak setahun lalu.



Dalam 20 perlawanan antarabangsa bertaraf 'A' sejak di bawah bimbingan Sundram, Singa hanya menjaringkan 11 gol - gol terakhir skuad negara dijaringkan pemain muda, Irfan Fandi, semasa kekalahan 1-2 kepada Turkmenistan dalam perlawanan kelayakan terakhir Singa pada 10 Oktober lalu.



Sekalipun jika berjaya mengejutkan Bahrain pada Selasa ini, tugas Sundram dan anak didiknya belum berakhir - mereka perlu juga menang perlawanan terakhir kelayakan menentang Taiwan pada 27 Mac depan selain mengharapkan beberapa keputusan lain yang memihaknya - untuk menjamin tempat ke Piala Asia 2019.



Hanya dua pasukan teratas akan layak ke Piala Asia 2019. Satu-satunya kali skuad Singa beraksi di pentas bola sepak berprestij Asia itu adalah pada 1984 apabila mereka mara secara automatik sebagai tuan rumah.




"Yang pasti, ia satu perlawanan yang sukar... mereka mempunyai skuad yang berbakat. Tetapi pemain kami semuanya begitu bersemangat setiap kali menyarungi jersi negara, jadi saya yakin mereka akan memberikan yang terbaik."
- Jurulatih Singa, V. Sundram Moorthy, mengenai pertemuan dengan Bahrain Selasa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >