Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PANDANGAN

Satu positif dari mimpi buruk United: Musim baru sahaja bermula

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



SEMASA bertemu media selepas dimalukan 0-4 oleh Brentford, pengurus Manchester United ditanya mengenai keputusannya menggantikan tiga pemain - Fred, Lisandro Martinez dan Luke Shaw - untuk memulakan separuh masa kedua.



Beliau menjawab, sedang beliau membuat tiga pertukaran tersebut, hakikatnya beliau mahu menggantikan semua pemain dalam kesebelasan utama United dalam perlawanan itu.



Sedang semua yang terkait dengan United akur bahawa musim lalu bagaikan satu mimpi buruk, dua perlawanan pertama musim ini sudah pun memberi gambaran bahawa seburuk-buruk mimpi, ia mampu berulang.



"United bermain tanpa semangat, tanpa haluan, tanpa kepimpinan, tanpa imaginasi. Ia amat memalukan!" Itu kata-kata legenda pasukan Red Devils itu, Rio Ferdinand, yang umumnya mencerminkan sentimen hampir semua penyokong dan bekas pemain kelab gergasi dunia itu.



Namun, jika ada cahaya di balik awan mendung di Old Trafford, sekurang-kurangnya mimpi buruk yang berulang itu berlaku pada awal musim dan masih ada masa untuk membetulkan keadaan.



"Kelab ini sudah tergelincir ke dasar laut, pastinya keadaan tidak boleh bertambah buruk...kami harap," kata seorang lagi bekas pemain United, Owen Hargreaves, yang memenangi piala liga dan Liga Juara-Juara Eropah di bawah kepimpinan bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson.



Kata-kata Hargreves itu bagaimanapun turut mencerminkan sentimen ramai pengikut United, "harap".



Mereka berharap keadaan akan bertambah baik selepas ini. Namun, tiada siapa antara mereka boleh mengatakannya dengan jaminan 100 peratus.



Secara objektif, pasukan United ini mempunyai pemain yang berpotensi mencabar sekurang-kurangnya bagi empat teratas liga dan piala. Hanya dua musim lalu, dengan pemain yang hampir sama, United mengakhiri musim di tangga kedua, di belakang Menchester City.



Kini persembahan yang hambar, dan keadaan pengurusan di lembaga pengarah serta dasar pemindahan pemain yang huru-hara semakin menghakis keyakinan diri pemain-pemain tersebut.



Adakah United mampu bangkit lebih kukuh?



Jawapannya tentu pasti.



Ramai yang berpendapat, kemusnahan United kini bermula dari atas dan jari harus ditunding ke arah pemilik mereka - keluarga Glazer, hartawan Amerika.



Semasa membeli kelab tersebut pada Mac 2003, mereka telah mengambil pinjaman lebih £600 juta. Hari ini, hampir dua dekad kemudian, jumlah pinjaman tersebut kekal pada £600 juta.



Meskipun Glazer telah membelanjakan hampir £1 bilion dalam pembelian pemain sepanjang waktu itu, namun ia dibiayai daripada pendapatan kelab itu sendiri - yang merupakan antara yang paling kaya di dunia berdasarkan pendapatan tahunan.



Pada masa yang sama, Glazer terus mengaup keuntungan menerusi dividen yang dibayar kepada syarikat milik mereka, hasil keuntungan yang diraih United.



Pembelian berdasarkan pinjaman sedemikian, dengan menggunakan pendapatan kelab sebagai cagaran, sudah pun diharamkan Liga Perdana England sebagai model pelaburan yang tidak akan menguntungkan kelab bolasepak.



Dengan suara menuntut Glazer 'meninggalkan United', terdapat desas desus mengenai pihak yang berminat membeli United.



Namun, ini kalau menjadi, akan mengambil masa.



Untuk musim ini, ten Hag tidak mempunyai masa memikirkan perkara di luar bidang kuasanya. Beliau sendiri akur, projek di United memerlukan masa, namun malangnya beliau tidak mempunyai masa tersebut.



Yang jelas, United memerlukan beberapa lagi pemain untuk memperkukuh skuad. Dan jika mereka mahu, mereka mampu berbelanja besar - dari segi yuran pemindahan dan gaji pemain - untuk mendapatkannya.



Masalahnya, adakah para pemain yang benar-benar akan meninggalkan kesan, mahu berpindah ke Old Trafford setelah melihat prestasi kelab itu dalam dua perlawanan pembukaan?



Walau keadaannya tampak malap, musim ini belum berakhir bagi United. Malah, nasib baik bagi mereka, ia baru bermula.



Glazer harus cuba meredakan tekanan dengan mengeluarkan buku cek mereka, mendapatkan pemain yang akan membantu ten Hag dan United sebelum jendela pemindahan ditutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >