Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH: PEMINDAHAN PEMAIN

Saul ke EPL? White sertai Gunners

Jul 20, 2021 | 05:30 AM



HARAPAN playmaker Atletico Madrid, Saul Niguez, berpindah kelab ke Barcelona nampaknya semakin tipis sedang gergasi Sepanyol itu bergelut dengan masalah kewangan.



Justeru, ejen pemain itu sedang menawarkan khidmat Saul kepada kelab utama lain Eropah, dengan Manchester United dan Liverpool antara pasukan yang dikatakan berminat.



Sumber rapat dengan pemain itu berkata beliau lebih cenderung menyertai Barca, namun kelab itu tidak dapat memberi komitmen kepada Atletico kerana sedang cuba menampung yuran pemindahan dan gaji Saul menerusi penjualan pemain.



Bagaimanapun, keutamaan Barcelona kini ialah mengumpul dana mencukupi untuk membiaya kontrak pemain bintangnya, Lionel Messi, yang telah bersetuju menyambung kontrak dengan pasukan itu.



Sementara itu, Arsenal dikatakan telah mencapai persetujuan secara prinsip dengan Brighton & Hove Albion untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Ben White pada yuran pemindahan yang dianggarkan sekitar £50 juta ($93 juta).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >