BELIAU mungkin telah bersara daripada bola sepak tetapi bekas pemain Manchester United, Paul Scholes, membuktikan keupayaannya belum luntur di bengkel bola sepak di Stadium Jalan Besar semalam.
Bekas pemain tengah England yang telah menjaringkan 107 gol sepanjang kerjayanya di Old Trafford dari 1993 ke 2013 itu mengagumkan peserta bengkel dengan sentuhan kemas dan rembatan kencangnya semasa beraksi selama beberapa minit semalam.