Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Schooling akhiri kemarau pingat di kolam renang Sukan Komanwel

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SUKAN KOMANWEL 2014

Schooling akhiri kemarau pingat di kolam renang Sukan Komanwel

Joseph Schooling menang pingat perak acara 100 meter gaya kupu-kupu dalam masa 51.69 - rekod nasional baru.
Jul 29, 2014 | 10:34 AM

PERENANG negara Joseph Schooling telah memenangi pingat perak acara 100 meter gaya kupu-kupu di Sukan Komanwel - pingat pertama Singapura di kolam renang dalam temasya sukan yang diadakan empat tahun sekali itu.

Schooling, 19 tahun, mencatat masa 51.69 saat di Pusat Renang Tollcross di Glasgow, Scotland, untuk menamatkan perlumbaan di belakang bintang Afrika Selatan Chad Le Clos, yang meraih pingat emas dengan masa 51.29 saat - rekod Sukan Komanwel baru. Perenang England Adam Barrett mengutip gangsa dengan masa 51.93 saat.

Masa yang dicatatkan Schooling itu ialah satu rekod nasional, mengatasi rekod yang dicatatkannya sendiri di separuh akhir kelmarin.

Pingat itu ialah pingat kelima Singapura di Glasgow, selepas penembak Teo Shun Xie serta pasukan tenis meja lelaki dan wanita negara menyumbang pingat emas dan pasukan badminton meraih gangsa.

NORMAN SAWI

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3