JUARA Olimpik Joseph Schooling memecahkan rekod sembilan tahun pertandingan apabila beliau memenangi 50 gaya bebas dalam 18.76 saat di Pertandingan Renang dan Terjun Cantik Big 12 pada pagi Jumaat (waktu Singapura).
Schooling, pakar renang kuak kupu-kupu, mengatasi rekod 2009 18.84 saat yang dicapai oleh Jimmy Feigen. Feigen adalah perenang gaya bebas yang merupakan sebahagian daripada pasukan Amerika Syarikat yang memenangi emas 4x100m gaya bebas pada Sukan Olimpik tahun lalu.
Mahasiswa University Texas itu menewaskan rakan sepasukan Jack Conger (19.27 saat) dan Brett Ringgold untuk merangkul pingat emas.
Menurut laman renang popular Swimswam.com, beliau kini terikat dengan Simonas Bilis sebagai perenang terpantas ke-10 sepanjang zaman dalam acara itu.
Pertandingan renang seterusnya pada kejohanan itu ialah 100fly permulaan yang akan bermula pada tengah malam. - ST