Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK INGGERIS

Sean Dyche dilantik sebagai pengurus baru Everton

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Sean Dyche berkata sudah menjadi tugasnya menjadikan para pemain berkualiti dalam skuad Everton terus menyerlah selepas beliau dilantik selaku pengurus.



Everton telah memecat pengurus sebelum ini, Frank Lampard, dengan kelab tersebut kini di tangga ke-19 dalam Liga Perdana England (EPL) dan hanya dua mata daripada kedudukan selamat - atau hadapi kemungkinan tersingkir keluar daripada EPL.



Dyche, 51 tahun menyertai Everton dengan kontrak selama dua tahun setengah sehingga Jun 2025.



Beliau sebelum ini memimpin Burnley tapi dipecat pada April tahun lalu.



"Sasaran kami adalah untuk ketengahkan pasukan yang mampu bekerja, memberi tentangan dan memakai lencana kelab ini dengan megah.



"Hubungan kami dengan para peminat akan dapat mekar kembali dengan pantas kerana mereka benar-benar berminat.



"Memang pasukan ini mempunyai kualiti. Tapi perlu buat mereka lebih menyerlah.



"Itulah tugasan saya dan kakitangan saya kelak," katanya.



Dyche dilantik pemilik Everton, Farhad Moshiri, untuk memimpin kelab tersebut.



Beliau pengurus ketujuh yang dilantik pemilik itu selepas membeli kelab tersebut pada Februari 2016.



Dalam satu temu ramah, Dyche berkata:



"Saya bersama kakitangan saya sudah bersedia untuk membantu pasukan ini kembali ke landasan kemenangan.



"Saya tahu akan para peminat Everton dan betapa berharganya kelab ini buat mereka.



"Kami sudah bersedia untuk bertugas dan berikan apa yang mereka inginkan.



"Ini bermula dengan kembali kepada dasarnya - kepada prinsip asal Kelab Bola Sepak Everton.



"Kami ingin kembalikan rasa senang dengan kelab ini. Kami perlukan para peminat.



"Kami perlukan perpaduan dan kami ingin semua orang selari dengan sasaran kelab ini.



"Ia akan bermula dengan kakitangan dan para pemain."



Dyche akan disokong di Goodison Park oleh bekas pemain sayap Nottingham Forest, Ian Woan, selaku penolong pengurusnya dan bekas pemain antarabangsa England Steve Stone, selaku pengurus pasukan utama,



Pengerusi kelab itu, Bill Kenwright, berkata Dyche dengan pantas meyakinkan lembaga kelab itu bahawa beliau mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pengurus hebat Everton.



Dyche pernah dua kali memimpin Burnley naik ke EPL daripada liga Kejuaraan dan berada dalam kedudukan separuh teratas EPL sebanyak dua kali, selain layak ke peringkat Eropah buat kali pertama dalam 51 tahun selepas meraih tempat ketujuh bagi musim 2017-2018. - Agensi berita.




"Saya bersama kakitangan saya sudah bersedia untuk membantu pasukan ini kembali ke landasan kemenangan. Saya tahu akan para peminat Everton dan betapa berharganya kelab ini buat mereka. Kami sudah bersedia untuk bertugas dan berikan apa yang mereka inginkan."
- Pengurus Everton, Sean Dyche.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >