Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Sebelum ini 'mustahil'... kini Spurs pilihan utama rebut tangga ke-4 EPL

Menang 6 dari 7 perlawanan liga terakhir letakkan pasukan pimpinan Conte dalam kedudukan baik untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan
Apr 18, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Hanya sekitar seminggu sejak Antonio Conte berkata ia merupakan satu "keajaiban" sekiranya Tottenham Hotspur berjaya menamatkan saingan sebagai empat pasukan teratas Liga Perdana England (EPL) dan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.



Awal bulan ini, Spurs ketinggalan tiga mata di belakang Arsenal, setelah beraksi lebih satu perlawanan dan dengan perbezaan gol yang lebih rendah.



Namun semua itu berubah dengan pantas selepas seminggu setelah melihat pasukan bimbingan Conte membelasah Newcastle 5-1 dan menang 4-0 ke atas Aston Villa minggu lalu, sementara seteru utama mereka itu kecundang selepas mengalami kekalahan berturut-turut - kekalahan mengejutkan 0-3 di tangan Crystal Palace sebelum tewas 1-2 kepada Brighton yang gagal memenangi tujuh perlawanannya sebelum ini.



Sejak kenyataan Conte itu, pasukan lain yang juga sedang memburu tangga keempat itu, Manchester United, sekadar mengutip satu mata dari enam mata penuh selepas seri 1-1 dengan Leicester sebelum tewas 0-1 di Everton minggu lalu.



Daripada kesemua pesaing mereka untuk tempat terakhir Liga Juara-Juara, hanya West Ham yang berjaya mengecap kemenangan sejak komen dari pengurus Italy itu, dengan menewaskan Everton 2-1.



Keputusan memberangsangkan sepanjang minggu lalu bermakna Spurs - yang berada lima mata di belakang empat pasukan teratas apabila Conte mengambil alih pada November lalu - kini menjadi pilihan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.



Mereka kini berada di tangga keempat liga dan tiga mata di hadapan Arsenal dengan perbezaan gol yang jauh lebih baik, walaupun The Gunners mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih perlu dimainkan.



Pada Februari lalu, berikutan kekalahan 0-1 di Burnley - kekalahan keempat Tottenham dalam lima perlawanan EPL - Conte mencadangkan beliau mungkin akan meninggalkan kelab itu, dengan berkata:



"Saya datang ke sini untuk membantu kelab ini dan jika masalahnya mungkin jurulatih, saya bersedia untuk berundur, tiada masalah".



Sejak itu, Spurs telah memenangi enam daripada tujuh perlawanan liga, termasuk kesemua empat perlawanan terakhir mereka.



Selepas kemenangan 4-0 menentang Aston Villa, di mana Son Heung-min menjaringkan hatrik dengan Dejan Kulusevski, pemain yang dipinjam daripada Juventus, juga berada dalam senarai penjaring, Conte berkata:



"Saya sangat gembira kerana saya mempunyai sekumpulan pemain yang ingin menunjukkan kepada saya mereka mahu mempertingkatkan keupayaan mereka dalam banyak aspek.



"Tujuh perlawanan lagi dan kami menunjukkan bahawa kami layak untuk kekal dalam perlumbaan untuk tempat ke Liga Juara-Juara.



"Kami perlu terus bekerja keras dengan intensiti dan keinginan ini kerana kelab ini berhak mendapat lebih baik daripada bertarung di tempat kelima, keenam atau ketujuh. Saya suka dengan saingan ini."



Spurs yang beraksi lewat minggu lalu mendapat rangsangan selepas seteru mereka, United dan Arsenal, tercicir mata.



Juara Eropah sebanyak tiga kali, United, berada di tangga ketujuh, di bawah West Ham dengan perbezaan gol, kedudukan yang hanya mampu menyaksikan mereka melayakkan diri ke Liga Persidangan Eropah jika mereka mengekalkan kedudukan itu di akhir musim ini.



Pengurus sementara Ralf Rangnick, yang memegang jawatan itu sehingga akhir musim, mencabar pemain United untuk membuktikan mereka layak berada dalam persaingan teratas.



Sementara itu, Arsenal gagal beraksi dalam Liga Juara-Juara sejak 2016-17 dan pengurusnya, Mikel Arteta, akur bahawa ia merupakan "minggu yang sukar" untuk pasukannya.



Beliau menambah: "Kami mahukan reaksi (terhadap kekalahan di Crystal Palace)... namun ia datang pada separuh masa kedua, dan ia sudah terlambat; kami perlu mempunyai keberanian dan personaliti untuk beraksi dengan lebih baik dan meningkatkan tahap permainan kami." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >