Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK: PEMAIN SAILORS SERTAI BENGKEL CELIK KEWANGAN SGX CARES

Sediakan payung sebelum hujan

Sep 05, 2022 | 05:30 AM



KERJAYA seorang pemain bola sepak profesional turut diselubungi dengan ketidaktentuan seperti kecederaan yang boleh membuatnya lebih singkat.



Justeru, bagi pemain muda seperti Nur Adam Abdullah, beliau mengambil pendekatan untuk menyimpan lebih banyak wang daripada gajinya seawal mungkin.



Meskipun tumpuannya lebih di padang, pemain pertahanan Lion City Sailors (LCS) berusia 21 tahun itu juga tidak lupa untuk bersiap sedia bagi 'hari hujan' atau keperluan yang tidak dijangka di luar padang pada bila-bila masa.



Malah, Adam juga mengaku golongan muda sepertinya lebih suka membelanjakan wang atas alasan ghairah, terutama bila mereka baru dapat gaji hasil daripada tiitik peluh mereka sendiri.



"Sebagai anak muda, kami hanya ingin berseronok dan ia adalah perkara biasa. (Apabila mendapat gaji) kami hanya ingin membelanjakannya dan membeli barang yang mungkin kami tidak mampu atau tidak dibeli oleh ibu bapa kami sebelum ini," kata beliau.



Namun, Adam juga percaya kekurangan celik kewangan antara mereka di peringkat usianya juga memainkan peranan.



"Di sekolah, kami tidak diajar sangat mengenai celik kewangan dan mungkin ini membuat mereka tidak mempunyai panduan menjimatkan wang.



"Yang lebih arif adalah kerana ibu bapa mereka yang mendorong mereka untuk berjimat tetapi itu juga tidak berkesan dan mereka buat apa sahaja mereka suka dengan wang mereka," tambah beliau.



Mujur, Adam lebih peka tentang kewangannya tiga tahun lalu apabila menyedari bahawa beliau kerap berbelanja daripada menyimpan wangnya.



"Ia sampai satu tahap di mana saya rasa saya lebih keluarkan duit untuk berbelanja daripada menyimpan wang gaji saya.



"Di saat itu, saya mula terfikir tentang masa depan saya dan bagaimana saya boleh menggunakan wang yang dibelanjakan itu untuk merancang hidup seperti berkahwin dan membeli rumah," kata beliau yang pernah ada $50 sahaja dalam bank akaunnya.



Adam juga beruntung apabila seorang penasihat kewangan mendekati beliau untuk mengajar ilmu merancang dan menjaga kewangannya apabila beliau mula menyertai LCS pada 2021.



Dari situ, Adam dapat pelajari mengenai ilmu asas perancangan dan penjagaan kewangan beliau.



"Ia memberikan saya pandangan yang lebih baik tentang cara berbelanja dan menjimatkan wang saya. Apa yang penting bagi saya sejak itu adalah tentang masa depan saya selepas bersara.



"Jadi, ia lebih baik untuk mula dari awal (perancangan kewangan) supaya saya juga boleh bersara lebih awal," katanya.



Selain itu, beliau juga gembira dapat bimbingan daripada pemain yang lebih tua seperti Anumanthan dan Song Ui-young yang menggalakkan beliau melaburkan wangnya untuk berkembang.



Dalam pada itu juga, Adam dan rakan di Sailors telah memanfaatkan bengkel celik kewangan bersiri anjuran kelab itu bersama Bursa Singapura (SGX) baru-baru ini.



Beliau gembira bahawa inisiatif itu dapat meningkatkan lagi fahaman mengenai celik kewangan di antara pemain.



"Dalam bengkel itu, kami disarankan menyimpan 50 peratus daripada gaji kami. Ramai yang berkata ia mustahil tetapi bagi saya ia adalah munasabah kerana kami perlu berusaha untuk menyimpan lebih daripada apa yang kita belanjakan," katanya yang menyimpan sekitar 60 peratus gajinya yang boleh mencapai ribuan dolar.



Adam juga ghairah untuk mengikikuti siri bengkel ini lagi dan berharap dapat mengembangkan lagi wangnya menerusi pelaburan saham.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >