KECUALI enjin keretanya meletup atau dilanda masalah besar lain yang di luar jangkaan - sesuatu yang agak mustahil akan terjadi - pemandu pasukan Mercedes, Lewis Hamilton, hampir pasti memenangi pusingan kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura-Singapore Airlines malam tadi.
Ini akan menjamin kedudukannya di petak pertama perlumbaan sebenar yang akan berlangsung malam ini.