Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Sehingga 250 peminat boleh tonton di stadium apabila liga disambung 17 Julai

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



PEMINAT Liga Perdana Singapura (SPL) boleh menunjukkan sokongan terhadap pasukan kegemaran mereka secara langsung sebaik liga tersebut diteruskan 17 Julai ini.



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa seramai 250 peminat berpeluang hadir untuk menyaksikan perlawanan, namun mereka perlu menunjukkan hasil ujian Covid-19 yang negatif bagi mereka yang belum menerima kededua dos vaksin.



SPL dihentikan buat sementara waktu sejak 23 Mei, dan ini membolehkan pemain kelab yang terpilih untuk pasukan nasional untuk bermain dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di Arab Saudi dari 4 hingga 12 Jun.



Liga profesional setempat itu pada awalnya dijangka diteruskan pada 2 Julai, namun tarikh ini ditangguhkan kepada 17 Julai selepas rundingan dengan kelab.



Untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua peminat yang hadir, SPL akan mengenakan kriteria kemasukan yang ketat.



Peminat yang hadir perlu menunjukkan hasil ujian Covid-19 yang negatif, melalui ujian reaksi berantai polimerase (PCR) atau ujian pantas antigen (ART).



Ujian PCR perlu dijalani dalam tempoh 14 hari sebelum perlawanan, sementara ujian ART mesti dilakukan dalam tempoh 24 jam sebelum akhir perlawanan.



Mereka yang sudah menerima kededua dos vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna boleh masuk tanpa ujian negatif Covid-19.



Namun mereka yang sudah menerima vaksin boleh diberi masuk hanya jika dos kedua diterima sekurang-kurangnya 14 hari sebelum itu.



Langkah-langkah tersebut selaras dengan panduan Kementerian Kesihatan (MOH) berkaitan ujian sebelum acara, kata FAS.



Peminat juga perlu membeli tiket fizikal di lokasi perlawanan itu.



Tiket akan dijual dua jam sebelum acara bermula, dan boleh dibeli pada harga $8 bagi orang dewasa dan $5 pada harga konsesi.



Penonton boleh memasuki stadium sejam sebelum perlawanan bermula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >