Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU ENGLAND LAWAN JERMAN

Sejarah hantui England apabila temui Jerman di Wembley

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



LONDON: John Stones berkata England bersedia jika perlawanan berlanjutan sehingga tendangan penalti, menjelang perlawanan kalah mati antara dua seteru tradisi Jerman dan England esok.



England tidak pernah memenangi Kejohanan Eropah (Euro) dalam 90 minit perlawanan dan tewas kepada Jerman melalui tendangan penalti di separuh akhir Euro 96.



Gareth Southgate, yang kini memimpin England, adalah pemain yang gagal menjaringkan penalti itu, menyebabkan England tewas 5-6 kepada Jerman, selepas perlawanan terikat 1-1 di akhir 90 minit.



"Kami telah melatih dalam aspek ini buat sekian lama... dan tahu apa yang perlu ditumpukan jika perlawanan mencapai tahap itu," ujar Stones.



Pengalaman England di Piala Dunia 2018, di mana ia menewaskan Colombia menerusi tendangan penalti, akan memberinya keyakinan sebarang 'sumpahan' penalti tidak lagi mengikat England.



"Saya ingat lagi... saya pemain yang ketujuh dijadual mengambil tendangan penalti," kata Stones, yang kini beraksi bagi Manchester City.



Pemain seperti Harry (Kane) atau yang lain yang biasa mengambil tendangan penalti bagi kelab masing-masing memang penuh keyakinan diri. Tapi pemain seperti saya, berbuat demikian adalah suatu yang kami tidak pernah lakukan.



"Namun, saya percaya keyakinan itu akan lahir dengan sendirinya daripada sesi-sesi latihan yang diadakan."



England dan Jerman melangkah ke suku akhir dengan kededua pasukan gagal menunjukkan permainan yang memberangsangkan setakat ini.



England baru sahaja menjaringkan dua gol di peringkat kumpulan - kededuanya dijaringkan Raheem Sterling - dengan Kane masih belum menemui sasaran.



Beliau juga hanya membuat satu percubaan yang mengena sasaran sepanjang perlawanan.



Namun pemain Everton Dominic Calvert-Lewin berkata Kane akan menunjukkan keupayaan sebenar di pusingan ini.



"Kami tidak ragu-ragu... beliau akan menjaringkan gol," ujar beliau.



Dalam pada itu pemain Jerman Robin Gosens berkata keputusan untuk menambah jumlah penonton di Wembley kepada 40,000 bagi perlawanan itu tidak menjadikan keadaan lebih selamat bagi pemain.



Gosen berkata:



"Pemain perlu hidup dalam gelembung... berdasarkan perkara ini, saya mendapati sukar hendak melihat bagaimana perkembangan ini adalah bagi sebaik-baiknya.



Hanya sekitar 2,000 penyokong Jerman di Britain dijangka akan pergi ke Wembley bagi perlawanan itu, akibat sekatan perjalanan antara Jerman dan Britain.



Sejarah sebenarnya kurang menyebelahi England dalam pertemuan dengan Jerman di pertandingan antarabangsa.



Kededua pasukan telah bertemu tujuh kali dalam Euro dan Piala Dunia, dengan masing-masing memenangi dua perlawanan dan seri tiga perlawanan.



Namun, Jerman telah mara ke pusingan selanjutnya dalam dua daripada tiga seri itu, selepas menewaskan England melalui tendangan penalti.



Sebaliknya, England belum pernah memenangi perlawanan kalah mati di Euro dalam tempoh 90 minit, dengan rekod empat seri dan dua kekalahan.



Empat perlawanan yang seri itu telah dilanjutkan ke penalti, dengan England hanya memenangi satu perlawanan - menentang Sepanyol di Wembley pada Euro 96.



Bagaimanapun, di Wembley, rekod England semasa menentang Jerman kurang memuaskan.



England telah memenangi empat daripada 13 pertemuan di sana, termasuk di final Piala Dunia 1966, tetapi gagal menewaskan Jerman dalam tujuh perlawanan terakhir dengan rekod dua seri dan lima kekalahan.



Namun, England belum lagi tewas dalam 14 perlawanan Euro atau Piala Dunia di Wembley, dengan sembilan kemenangan dan lima seri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >