Ronaldo sumbat hatrik, jaringkan 100 gol
MADRID: Cristiano Ronaldo menyumbatkan hatrik penuh kontroversi untuk menjadi pemain pertama menjaringkan 100 gol dalam sejarah Liga Juara-Juara bagi membantu Real Madrid menewaskan Bayern Munich 4-2 dalam masa tambahan dalam pertarungan kedua pusingan suku akhir yang menarik dinihari semalam.