Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sekilas Piala Dunia

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



Ronaldo: Tiada orang boleh tutup mulut saya



"SAYA buka mulut bila-bila masa saya suka".



Demikian kata pemain bintang Portugal Cristiano Ronaldo semasa menekankan tengkarahnya dengan pasukan Manchester United yang diwakilinya dalam Liga Perdana England tidak akan menjejas persiapan pasukan negaranya.



United dilaporkan sedang menyiapkan tindakan undang-undang ke atas pemain mereka itu, sekali gus melabuhkan tirai kerjaya Ronaldo dengan kelab tersebut, menyusuli wawancara pemain itu bersama TalkTV di mana beliau mengkritik United, termasuk pemilik, pengurus dan pemainnya.



"Sepanjang hidup saya, masa terbaik ialah masa yang saya rasakan baik.



"Saya tidak perlu fikirkan apa orang lain cakap. Kalau saya mahu katakan sesuatu, saya akan mengatakannya. Rakan-rakan sepasukan saya tahu perkara ini," ujar Ronaldo. - Agensi berita.




'Scholes + Gerrard + Lampard = Bellingham'



GANDINGAN Paul Scholes, Steven Gerrard dan Frank Lampard dalam satu pemain.



Legenda England dan Manchester United, Rio Ferdinand, memberikan pujian melambung kepada pemain remaja Three Lions Jude Bellingham, selepas persembahan hebat pemain itu dalam kemenangan England 6-2 ke atas Iran.



"Saya bandingkan beliau kepada pemain-pemain midfield tersohor yang pernah menjadi rakan pasukan segenerasi saya, tiada antara mereka setanding Bellingham pada usianya sekarang," kata Ferdinand mengenai pemain midfield berusia 19 tahun itu.



"Beliau bermain dengan penuh keyakinan, mengawal rentak permainan seolah-olah beliau seorang pemain berpengalaman berdekad lama. Menakjubkan," tambah Ferdinand, yang mewakili England 81 kali. - Agensi berita.




Qatar rampas dadah pertama sejak Piala Dunia



Qatar mengumumkan pihak berkuasa negara itu telah melakukan rampasan dadah pertamanya sejak Piala Dunia di negara itu bermula. Ia termasuk ubat penahan sakit tramadol, yang digunakan secara meluas dalam bola sepak meskipun ia dilarang.



Pihak berkuasa kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad merampas 1,990 pil tramadol dan hampir 465 geram hasyis, menurut satu kenyataan pihak kastam menerusi Twitter.



Dadah itu dirampas daripada seorang pengunjung menerusi satu pemeriksaan bagasinya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >