Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Sekilas syarat layak ke Eropah bagi kelab England

Pasukan manakah dari Liga Perdana England (EPL) yang boleh melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan? Apakah cerita di sebalik Liga Persidangan Europa dan bolehkah pasukan EPL yang memenangi trofi pertandingan Eropah mengubah peluang kelayakan pasukan lain?
May 23, 2021 | 05:30 AM



Kelayakan bagi Liga Juara-Juara



EMPAT pasukan teratas dalam EPL melayakkan diri ke peringkat kumpulan pertandingan ini bagi musim depan.



Pemenang Liga Juara-Juara atau Liga Europa musim ini juga akan mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.



Hanya lima pasukan dari EPL dibenarkan menandingi Liga Juara-Juara pada musim yang sama.



England tidak mendapat sebarang tempat tambahan untuk menandingi Liga Juara-Juara, walaupun pasukan dari sana memenangi Liga Europa atau Liga Juara-Juara dan menduduki empat tangga teratas dalam EPL.



Musim ini, Chelsea dan Manchester City akan menandingi final Liga Juara-Juara. City telah melayakkan diri ke pertandingan musim depan selaku juara EPL.



Jika Chelsea, yang boleh menjamin tempat di Liga Juara-Juara musim depan memenangi trofi, ia akan mendapat tempat automatik bagi pertandingan itu.



Manchester United pula, yang telah menjamin tempat di Liga Juara-Juara musim depan melalui kedudukan dalam EPL, tidak memerlukan slot automatik yang boleh diraihnya jika ia memenangi final Liga Europa menentang Villareal.




Kelayakan bagi Liga Europa



HANYA dua tempat bagi Liga Europa diperuntuk bagi kelab di England bagi musim depan. Ini kerana Liga Persidangan Europa akan dilancarkan pada musim yang sama.



Salah satu slot Liga Europa telah direbut oleh Leicester City - sebagai pemenang Piala FA. Namun, jika ia melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, tempatnya itu akan diberikan kepada pasukan di tangga keenam EPL.



Slot kedua bagi Liga Europa diberikan kepada pasukan yang mengakhiri EPL musim ini ditangga kelima.



Bagi musim depan, Liga Europa akan ditandingi 32 pasukan sahaja, berbanding 48 pasukan pada musim ini.




Kelayakan bagi Liga Persidangan Europa



LIGA Persidangan Europa ialah pertandingan baru yang dilancarkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) dan menjadi liga ketiga terunggul di belakang Liga Juara-Juara dan Liga Europa.



Satu tempat dari England diperuntuk bagi pertandingan ini, dan ia seharusnya diberikan kepada pemenang Piala Liga Carabao.



Namun, pemenang trofi itu kali ini adalah City, yang juga telah melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Justeru, tempat tunggal itu ditawarkan kepada pasukan di tangga keenam atau ketujuh dalam EPL, bergantung kepada pemenang Piala FA.



Namun, pasukan di tangga tersebut tidak akan menandingi Liga Persidangan Europa jika ia memenangi Liga Juara-Juara atau Liga Europa dan England tidak akan mempunyai wakil dalam pertandingan tersebut.



Namun, bagi musim ini, West Ham, yang kini di tangga keenam dan Tottenham Hotspur, di tangga ketujuh boleh melayakkan diri ke pertandingan baru ini.




Bilangan kelab dari England yang boleh layakkan diri ke Eropah



TUJUH kelab EPL boleh melayakkan diri ke Eropah, tetapi angka ini boleh bertambah kepada lapan jika Chelsea memenangi Liga Juara-Juara tanpa melayakkan diri ke Liga Juara-Juara atau Liga Europa menerusi kedudukan liga - sesuatu yang tidak dijangka berlaku musim ini.



Jika pasukan dari England memenangi pertandingan di Eropah musim ini dan juga melayakkan diri ke pertandingan Eropah bagi musim depan menerusi kedudukannya dalam liga domestik, bilangan tempat bagi pasukan dari England tidak akan ditambah.



Sebaliknya, bilangan wakil England dalam Liga Juara-Juara - empat pasukan; Liga Europa - dua pasukan; dan Liga Persidangan Europa - satu pasukan, boleh berubah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >