SEKOLAH Menengah Bartley berjaya menewaskan Sekolah Menengah Whitley 3-0 di Our Tampines Hub (OTH) untuk merampas piala Cabaran Futsal Antara Sekolah Singapore Pools-FAS (ISFC) bawah 14 tahun semalam.
Sebanyak 40 pasukan dari 35 sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Sekolah Menengah Bendemeer mendapat tempat ketiga selepas menang 3-1 dalam perlawanannya menentang Sekolah Menengah Hougang, yang layak mara ke peringkat separuh akhir perlawanan bola sepak buat julung-julung kalinya.
ISFC merupakan pertandingan futsal antara sekolah terbesar yang diadakan buat julung-julung kalinya hasil kerjasama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Singapore Pools.
Antara tujuan utama pertandingan tersebut adalah menerapkan nilai-nilai murni – hormat, kerjasama, dan minat – serta keperibadian yang baik pada usia muda melalui sukan bola sepak.