Sekolah Rendah Woodlands Ring juara pertandingan futsal antara sekolah, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Sekolah Rendah Woodlands Ring juara pertandingan futsal antara sekolah

Jul 19, 2018 | 07:35 PM

SEKOLAH Rendah Woodlands Ring menjuarai Cabaran Futsal Antara Sekolah Singapore Pools-FAS (ISFC), setelah menewaskan Sekolah Rendah White Sands 2-1 semalam. 

Sekolah Rendah Yangzheng mendapat tempat ketiga setelah mereka menewaskan Sekolah Rendah Tanjong Katong 4-2. 

Kededua perlawanan itu berlangsung di Our Tampines Hub (OTH). 

Timbalan Pengarah FAS,Pejabat Setiausaha Agung Encik Gerard Christopher berkata bahawa pihak FAS berbesar hati dengan sambutan yang diterima dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam ISFC. 

“Kejohanan ini bukan sahaja mendedahkan anak muda kepada futsal, tetapi ia juga memberikan mereka peluang untuk bermain di luar kalendar Sukan Sekolah Nasional. 

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

“Kami gembira melihat wujudnya permintaan daripada sekolah-sekolah, bukan sahaja untuk menambah kategori usia dalam kejohanan ini, tetapi juga untuk mewujudkan pertandingan futsal untuk wanita.

“Kami berharap belia yang mengambil bahagian seronok dan dapat mempelajari nilai kerjasama dan hormat sementara mendalami minat mereka terhadap sukan ini.” 

Beliau berharap pertandingan bagi kategori bawah 14 tahun sama menarik seperti pertandingan kategori bawah 10 tahun. 
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map