SUKAN SETEMPAT
Sekolah Sukan S'pura lancar biasiswa EW Barker
Feb 15, 2019 | 05:30 AM
SEKOLAH Sukan Singapura (SSP) telah melancarkan Biasiswa EW Barker di majlis sambutan ulang tahun ke-15 kelmarin bagi menarik bakat muda terbaik sukan setempat.
Biasiswa itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, di majlis ulang tahun tersebut, yang turut merupakan Malam Anugerah.