Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

CATATAN WARTAWAN

Semangat juang akhir musim petanda kejatuhan Liverpool hanya sementara....percayalah

May 19, 2021 | 05:30 AM



ANDA tidak boleh dipersalahkan jika anda menyangka Liverpool sedang meraikan kemenangan trofi selepas wisel penamat di The Hawthornes kelmarin.



Satu persatu, pemain Liverpool menerkam penjaring gol - penjaga gawang Alisson Becker - yang telah menyusup ke dalam petak penalti lawan untuk menanti hantaran tendangan sudut dari Trent Alexander-Arnold, dalam perlawanan yang masih terikat 1-1 pada minit ke-94.



Air mata berlinangan di kelopak mata Alisson dengan Juergen Klopp di luar padang melompat-lompat kegirangan.



Jika kekal seri sehingga tamat, peluang Liverpool melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan menjadi kian tipis, kerana jurang antaranya dengan pesaing utama boleh menjadi lebih luas.



Namun kemenangan itu bermakna kelayakan ke Liga Juara-Juara itu masih dalam tangan mereka dan Jurgen Klopp dan anak didiknya akan melayakkan diri ke pertandingan benua elit itu jika mengutip enam mata maksimum daripada baki dua perlawanan.



Dalam musim yang dibayang kecederaan dan merobek barisan pertahanan Liverpool - Klopp telah mengganti gandingan bek tengah lebih 20 kali sepanjang musim - keputusan itu melebihi kemenangan 2-1 ke atas West Bromwich Albion atau kelayakan ke Liga Juara-Juara.



Ada pengkritik yang mungkin berkata Liverpool telah merosot dalam tempoh yang singkat sehingga ia tidak lagi mampu bersaing untuk memenangi trofi - ia tidak akan memenangi sebarang kejuaraan musim ini - dan Klopp mengalami masalah untuk menyemarak semangat pasukan yang menunjukkan prestasi begitu hebat pada tahun lalu, yang elak tewas dalam 44 perlawanan berturut-turut.



Namun, dari sudut lebih positif, cara Liverpool meraikan kemenangan itu juga menunjukkan rasa lega selepas ia berjaya menerbalikkan keputusan dengan sifat tidak mengaku kalah.



Ia juga menunjukkan semangat dalam pasukan yang sejak beberapa minggu lalu dianggap kian pudar, sementara Liverpool mengalami musim yang paling teruk kurang setahun selepas menikmati musim terhebat dalam sejarah kelab itu dalam era Liga Perdana England (EPL).



Pemain-pemainnya juga terpaksa mengharungi kritikan selepas kelab itu melibatkan diri dalam projek gagal iaitu Liga Super Eropah (ESL).



Hanya beberapa hari lalu, Klopp terpaksa menjawab pertanyaan bertubi-tubi daripada wartawan mengenai masa depan Sadio Mane di kelab tersebut.



Pemain dari Senegal itu dirakam di video enggan menjabat tangan Klopp selepas Liverpool menewaskan Manchester United di Old Trafford.



Mane telah dinamakan dalam skuad bagi perlawanan itu, tetapi hanya memanaskan bangku pemain simpanan sehingga wisel penamat.



Mane, mengikut laporan media Britain telah pun memohon maaf kepada Klopp atas perbuatan itu.



Namun insiden itu sekali lagi mencetus spekulasi mengenai komitmen Mane kepada kelab.



Spekulasi itu, bak penyakit yang berjangkit, menular pula kepada isu-isu lama seperti hubungan antara Mane dengan Mohamed Salah yang dikatakan renggang, kontrak Ginnie Wijnaldum - wira separuh akhir Liga Juara-Juara dengan Barcelona tiga musim lalu - yang akan luput dalam masa sebulan tetapi belum diperbaharui, serta kepada masa depan Klopp di Anfield.



Namun tekad dan semangat yang ditunjukkan pemain Liverpool dalam perlawanan itu tidak menunjukkan sebarang bukti bagi khabar angin tersebut.



Mane tidak berhenti berlari sepanjang 90 minit dan memainkan peranan tunggak dalam kededua gol yang dijaringkan Liverpool.



Sifat tidak berputus asa yang ditunjukkannya memberikan Salah peluang menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa pertama, selepas Liverpool ketinggalan satu gol seawal minit ke-15.



Dalam masa kecederaan pula, Mane lincah berlari di sayap untuk memenangi tendangan sudut yang diambil oleh Trent Alexander-Arnold dan ditanduk masuk oleh Becker.



Dua pemain pertahanan tengah Liverpool Nathaniel Phillips dan Rhys Williams pula bukan sahaja bergandingan hebat untuk mempertahan gawang daripada dibolosi, malah menunjukkan keberanian dan keyakinan utuh untuk mengambil tempat masing-masing hampir di bahagian tengah padang - yang membenarkan pemain lain mengasak benteng lawan dan merebut bola di bahagian padang yang lebih dekat dengan gawang lawan.



Dengan musim berbaki dua perlawanan bagi tiga pesaing utama - Liverpool, Chelsea dan Leicester - bagi dua tempat kelayakan Liga Juara-Juara terakhir , Liverpool berada pada kedudukan yang kukuh.



Ia hanya perlu memenangi dua perlawanan dengan pasukan yang berada di bawahnya dalam liga Burnley dan Crystal Palace untuk mengakhiri musim dengan 69 mata dan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Sebaliknya, Leicester dan Chelsea - yang menentang satu sama lain semalam - masing-masing perlu mengutip mata maksimum semasa bertemu Tottenham Hotspur dan Aston Villa - dua pasukan yang menunjukkan prestasi baik musim ini.



Tiada apa yang pasti dalam bola sepak, dan Liverpool boleh mengalami kekalahan mengejut dalam kededua perlawanan itu.



Namun sama ada Liverpool melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan atau tidak, semangat perjuangan yang ditunjukkan pemainnya semasa menewaskan West Brom mungkin juga petanda Liverpool yang tangkas dan bersemangat waja yang menjadi juara England pada dua musim lalu telah kembali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >