IA mungkin belum mencapai era demam Piala Malaysia sedikit masa dahulu, tetapi sekurang-kurangnya mengembalikan nostalgia saingan hebat Singapura-Selangor apabila edisi ke-16 Piala Sultan Selangor diadakan di Stadium Negara pada hujung minggu lalu.
Di hadapan lebih 25,000 penyo- kong yang mengingatkan semula kehebatan 'Sorakan Kallang', pasukan Pilihan Singapura pimpinan legenda bola sepak tanah air, Fandi Ahmad, tidak mengecewakan apabila menewaskan pasukan Pilihan Selangor 3-2.