Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sepak takraw: Astaf arah Perses kosongkan pejabat presiden dan setiausaha agung berikutan larangan

Dec 07, 2022 | 08:04 PM



SEKATAN terus dikenakan ke atas Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) yang dilanda masalah.


Beberapa hari selepas presidennya Nasri Haron dilarang daripada sukan itu di peringkat tempatan dan antarabangsa selama 10 tahun oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), setiausaha agung Perses, Zahid Abdul Aziz juga telah digantung selama lima tahun.


Badan Singapura itu juga telah diarah mengosongkan pejabat presiden dan setiausaha agungnya dalam tempoh 90 hari dari notis yang bertarikh 5 Disember itu.


Zahid menghadapi dua tuduhan yang didengar oleh panel disiplin Astaf, terdiri daripada wakil dari India, Jepun, Pakistan, Iran, Indonesia dan Malaysia, yang bersidang pada 26 November untuk perbicaraan disiplin itu.



Kedua-dua tuduhan adalah untuk tindakan salah laku, lapor The Straits Times. 


Beliau diperintahkan untuk membayar balik Astaf AS$5,000 (S$6,800) bagi membiayai kos persidangan jawatankuasa disiplin antarabangsa itu, dan sekiranya gagal, tambahan dua tahun atas penggantungan itu akan dikenakan.


Beliau mempunyai 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada presiden Astaf dengan bayaran rayuan sebanyak AS$2,000 yang perlu dibayar kepada Astaf sebelum didengar oleh lembaga/jawatankuasa rayuan Astaf.


Dalam satu kenyataan akhbar, Zahid berkata Perses sedang menyemak keputusan itu dan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara itu.


Beliau menambah: “Perses akan meneruskan operasinya tanpa berubah. Perses ialah satu-satunya Persekutuan Kebangsaan/Persatuan Sukan Kebangsaan yang diiktiraf untuk sukan sepak takraw di Republik Singapura dan status quo itu tidak akan berubah.”


Menjawab pertanyaan The Straits Times, presiden Astaf Abdul Halim Kader berkata jika Perses gagal mematuhinya, ia mungkin menggantung keahlian Perses daripada badan Asia itu.


Beliau menambah: "Jika itu berlaku, Perses tidak akan dapat mencalonkan atletnya untuk pertandingan Astaf, tetapi atlet itu masih boleh meneruskan pertandingan di Sukan SEA dan Sukan Asia di bawah Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) jika SNOC bersetuju."


SNOC telah mengesahkan bahawa ia akan bertindak untuk melindungi atlet Singapura jika perlu.


Jurucakap SNOC berkata: “Jika perlu, Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura akan memanggil jawatankuasa persiapan Sukan utama untuk menguruskan pencalonan, pemilihan dan persiapan atlet untuk Sukan utama, dan untuk memastikan bahawa kepentingan atlet dilindungi daripada sebarang sekatan yang dikenakan ke atas Persekutuan Sepak Takraw Singapura.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >