SEPAK TAKRAW
Sepak takraw kini disertakan dalam Saluran Olimpik
Sukan itu bakal dapat pendedahan kepada lebih ramai peminat sukan, penonton global
Jul 20, 2019 | 05:30 AM
SALURAN Olimpik telah mencapai persetujuan dengan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) untuk bekerjasama dalam menghasilkan dan menyiarkan kandungan yang melibatkan sukan tersebut.
Kerjasama tersebut diumumkan baru-baru ini dan melibatkan enam persekutuan yang diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) termasuk sukan bot naga, catur dan gusti lengan.