BERBEKAL harapan mahu memperluas sukan sepak takraw ke persada antarabangsa, Persatuan Sepak Takraw Singapura (Perses) bertindak memperkenal sukan itu kepada pelajar Sekolah Amerika Singapura.
Baru-baru ini, persatuan tersebut menganjurkan bengkel dan tunjuk cara sepak takraw kepada sekitar 30 pelajar yang terdiri daripada warga Amerika Syarikat, Canada, Denmark, Afrika Selatan dan Korea Selatan.