Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Sepakan ajaib

Feb 03, 2022 | 06:25 AM



Menjaringkan gol dari sepakan percuma dari jauh dan penalti yang menarik dan sempurna merupakan skil istimewa bintang bola sepak. Beberapa pemain telah paparkan bakat ini yang sukar untuk dikuasai. BERITA HARIAN menyenaraikan 10 pemain yang pakar dalam ‘set-piece’ yang pernah beraksi di Liga Perdana England (EPL), berdasarkan siri podcast BBC.




Alan Shearer (Ikon Blackburn Rovers, Newcastle) 

Daripada semua pakar bola mati yang pernah beraksi di EPL, hanya segelintir yang boleh dibandingkan dengan bekas penjaring terbanyak Newcastle ini. Bekas penyerang England itu amat berbahaya dari sepakan penalti, dengan menjaringkan 56 penalti untuk Blackburn Rovers dan Newcastle. Kehebatannya di luar kotak penalti juga tidak dapat disangkal setelah beliau menjaringkan tujuh sepakan percuma untuk kelabnya. 



Cristiano Ronaldo (Manchester United)

Penyerang Portugal itu telah beraksi lebih daripada 200 kali untuk pasukan Old Trafford itu, menjaringkan 11 sepakan percuma dan 13 tendangan penalti. “Sepakan percuma ini adalah antara yang terbaik yang pernah saya lihat di EPL,” kata bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson.



David Beckham (Ikon Man United)

“Bend it like Beckham.” Bekas kapten England ini begitu mahir dalam ‘set-piece’ hingga ada sebuah filem yang dinamakan sempena namanya. Beckham meninggalkan Manchester United pada 2003 tetapi kekal sebagai pemain yang pakar dalam sepakan percuma dalam liga utama England itu, menjaringkan rekod 18 kali daripada sepakan percuma.



Gianfranco Zola (bekas bintang Chelsea) 

Walaupun bertubuh kecil berbanding pemain lain di EPL, Zola tidak membiarkan saiznya menjadi penghalang. Bekas pemain Italy itu mempunyai kebiasaan menjaringkan gol dari luar kotak penalti, terutama dari sepakan percuma. Beliau telah menjaring 59 gol sepanjang kerjayanya bersama Chelsea. 



Thierry Henry (Ikon Arsenal) 

Salah seorang pemain terbaik yang pernah beraksi di EPL dan dikenali sebagai penyerang berbisa, Henry memacu serangan Arsenal dengan pelbagai jaringannya. Seperti Ward-Prowse dan Zola, pemain Perancis itu juga menjaringkan 12 sepakan percuma semasa di England.



TURUT DALAM SENARAI



Rory Delap (Bekas pemain Stoke City) 

Peminat generasi lama akan selama-lamanya mengaitkan nama Delap dengan lontaran ke dalam kotak penalti lawan yang pernah menimbulkan kekhuatiran di kalangan benteng pertahanan lawan semasa beliau bersama Stoke City. Semasa bersama kelab Potters itu, mereka berjaya menjaringkan 23 gol yang luar biasa hasil lontaran Delap ke dalam kotak penalti pasukan lawan.



Ian Harte (Bekas pemain Leeds, Sunderland) 

Bekas pemain antarabangsa Republik Ireland itu mahir dalam membuat tendangan yang melepasi dinding pemain pasukan lawan - dan kemudian tepat pada sasaran gawang. Dalam 237 penampilan untuk kelab itu, beliau menjaringkan 10 sepakan percuma terus dan 10 tendangan penalti.



David Silva (Real Sociedad, Manchester City)

Terlalu banyak gol yang pernah dijaringkan Silva sehingga mudah untuk melupakan bahawa beliau merupakan seorang pakar ‘deadball’. Beliau mungkin tidak menjaringkan banyak sepakan percuma seperti beberapa nama lain dalam senarai ini - tiga dalam 309 perlawanan - tetapi beliau sering melakukan hantaran yang tepat pada sasarannya.



Trent Alexander-Arnold (Liverpool)

Walaupun pemain antarabangsa England Alexander-Arnold hanya menjaringkan empat gol daripada sepakan percuma sejauh ini, beliau telah melakukan 43 ‘assist’ sejak penampilan pertamanya pada 2016 - termasuk 10 gol pada musim ini.



James Ward-Prowse (Southampton) 

Antara pemain yang makin mendapat perhatian dengan sepakan percumanya yang berbahaya. Pemain tengah England itu telah menjaringkan 12 gol daripada sepakan percuma dan 10 tendangan penalti sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >