Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sepanyol kenduri gol belasah Costa Rica 7-0

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Apa sahaja yang England boleh melakukan, Sepanyol boleh lakukan dengan lebih baik.



Namun adakah membelasah pasukan dalam perlawanan pembukaan benar-benar membuat sesiapa sahaja menjadi pesaing Piala Dunia?



Walaupun Sepanyol menjaringkan tujuh gol ketika menentang Costa Rica, satu lebih dari enam gol yang dijaringkan England ketika menentang Iran, sukar dapat menilai pasukan Luis Enrique dengan betul sehingga mereka menghadapi ujian lebih getir.



Ujian itu bakal berlangsung Ahad ini apabila Sepanyol menentang Jerman yang akan berjuang mati-matian selepas mengalami kekalahan mengejutkan kepada Jepun.



Perlawanan antara Sepanyol dan Costa Rica kelihatan seperti perlawanan yang tidak sama rata.



Jaringan 7-0 itu juga mencerminkan jurang besar antara kedua-dua pasukan.



Costa Rica adalah pasukan terakhir yang layak ke Piala Dunia selepas kemenangan play-off ke atas New Zealand pada Jun lalu.



Namun jika tidak ada peningkatan besar, Costa Rica kelihatan akan menjadi salah satu pasukan pertama yang tersingkir.



Sepanyol melepasi pertahanan Costa Rica dengan begitu mudah, termasuk di tengah padang.



Walaupun pengurus Sepanyol, Luis Enrique melakukan pelbagai perubahan pada separuh masa kedua, Sepanyol terus menjaringkan gol - sama seperti yang dilakukan England.



Berbanding 1,043 hantaran yang dibuat Sepanyol, Costa Rica hanya mampu membuat 241 hantaran.



Costa Rica juga gagal membuat percubaan ke arah gawang Sepanyol.



Pencapaian besar mereka adalah empat sentuhan bola di kawasan gol Sepanyol, dua dalam setiap separuh masa.



Bekas pemain pertahanan England, Gary Neville berkata statistik yang menyedihkan itu merupakan petanda betapa teruk pasukan Costa Rica.



"Syabas kepada Sepanyol kerana telah melakukan tugas mereka. Saya tidak sangka Costa Rica boleh menjadi lebih teruk pada separuh masa kedua. Mereka teragak-agak dan dalam keadaan huru-hara," kata Neville di saluran media ITV.



Sementara itu pemain tengah Sepanyol Gavi menjadi penjaring termuda Piala Dunia sejak pemain hebat Brazil, Pele, pada 1958 apabila dia menjaringkan gol ketika pasukannya membelasah Costa Rica 7-0.



Pele berusia 17 tahun di Sweden ketika beliau memimpin Brazil ke Piala Dunia pertama mereka, menjaringkan enam gol.



Gavi, 18 tahun, memperoleh anugerah pemain terbaik perlawanan selepas menjadi pemain Sepanyol termuda yang menjaringkan gol di Piala Dunia, memecahkan rekod Cesc Fabregas yang berusia 19 tahun ketika menjaringkan gol ketika menentang Ukraine pada kejohanan 2006.



Gavi juga menjadi pemain termuda mewakili Sepanyol pada November 2021, dua bulan selepas hari jadinya yang ke-17. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >