Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU: LIGA JUARA-JUARA

Separuh akhir Barca-Liverpool bak lawan final

May 01, 2019 | 05:30 AM



PERLAWANAN antara Liverpool dengan Barcelona dinihari nanti bagi merebut tempat di final Liga Juara-Juara Eropah menemukan pasukan paling menarik di England dengan pasukan yang dianggap antara paling berjaya di Eropah.



Liverpool, yang masih bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Perdana England (EPL) pertama dalam hampir tiga dekad, diwakili barisan pemain yang bukan sahaja 'menyengat' apabila menyerang, malah rela bertungkus lumus mengejar lawan apabla bertahan.



Barisan depan Barcelona pula dipimpin Lionel Messi, penyerang 'azimat' dari Argentina, yang minggu lalu menjulang trofi La Liga - yang ke-26 dalam sejarah Barcelona dan yang kelapan dimenangi kelab Catalan itu dalam 11 tahun.



Ada pemerhati juga berkata, separuh akhir ini, yang bakal dimainkan di Nou Camp esok, sebelum beralih ke Anfield bagi perlawanan kedua minggu depan, lebih layak dianggap sebagai final.



Liverpool dan Barcelona dianggap lebih handal dan berkeupayaan berbanding dua lagi pasukan yang bakal berentap dalam separuh akhir kedua, iaitu Tottenham Hotspur dan Ajax Amsterdam.



Liverpool bakal mengakhiri musim paling berjaya dalam liga di kedudukan 20 mata lebih baik berbanding Spurs.



Barcelona pula dianggotai bintang terhandal di dunia seperti Luis Suarez, Ousame Dembele dan Gerard Pique berbanding barisan pemain Belanda muda di Ajax.



Liverpool dan Barcelona pun mempunyai kekuatan serupa apabila menyerang tetapi memiliki corak permainan berbeza.



Barcelona, terutama kerana beraksi di tempat sendiri, dijangka cuba menguasai bola dan tidak membenarkan Liverpool mengatur sebarang serangan berbahaya.



Sebaliknya, Liverpool sememangnya pasukan yang gemar dan berkesan apabila melakukan serangan balas - dan anak didik Jurgen Klopp dijangka bersikap agresif dan memberi tekanan ke atas setiap pemain Barcelona yang berlengah-lengah untuk melepaskan bola.



Roberto Firmino, Mohamad Salah dan Sadio Mane dijangka bertungkus lumus untuk merebut bola di bahagian padang lawan, seperti yang dilakukan Naby Keita dalam pertemuan liga dengan Huddersfield minggu lalu.



Perlawanan itu berkesudahan dengan Keita menjaringkan gol pertama dengan perlawanan setakat berusia 15 saat.



Di tengah padang, trio midfield Liverpool dijangka dibarisi James Milner, Jordan Henderson dan Gio Wijnaldum - yang daripada sudut keselesaan memegang bola, tidak setanding trio 'midfield' Barcelona iaitu Sergio Busquets, Ivan Rakitic dan Arthur.



Namun, Milner, Henderson dan Wijnaldum pemain yang tidak 'segan' bekerja keras.



Mereka dijangka mengatasi lawan dari sudut ini.



Keadaan ini membuka laluan bagi pemain bek mempengaruhi permainan dan keputusan perlawanan dan dalam bentuk Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson, Liverpool memiliki pemain bek kanan dan kiri terbaik di England - sebagaimana yang diputuskan oleh rakan seangkatan mereka sendiri, yang memilih mereka sebagai antara pemain terbaik di England pada musim ini.



Namun, dalam perlawanan ini, Klopp dijangka 'menyekat' pemainnya agar tidak bersikap terlalu 'menyerang' dan 'memelihara' keputusan agregat sehingga perlawanan beralih ke Anfield minggu depan.



Manfaat bagi Liverpool menjaringkan gol di padang lawan mungkin sehebat manfaat tidak membiarkan gawang Alison Becker ditembusi Messi dan rakan-rakanya.



Jika perlawanan berkesudahan 0-0 atau kekalahan 0-1 bagi Liverpool, Klopp dan pemainnya pasti tetap yakin bahawa mereka boleh terbalikkan keputusan di Anfield, dengan sokongan padu penyokong setia di sana.



Dua pasukan yang suka menyerang, dua pasukan yang dahagakan kejayaan.



Jangkakan perlawanan yang hebat nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >