Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Italy yakin jelang final, namun sedar 'tugas belum selesai'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

EURO 2020

Italy yakin jelang final, namun sedar 'tugas belum selesai'

Jul 08, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Roberto Mancini bagaikan tidak terurus untuk pertama kalinya di Euro 2020 sebaik menyaksikan pasukannya melakar kemenangan besar di Wembley awal pagi semalam.

Jurulatih Italy yang sebelum ini sentiasa berketrampilan kemas, meraikan kemenangan tersebut dengan pemainnya selepas sepakan penalti penentuan Jorginho memastikan pasukan Azzuri itu mara ke pusingan akhir.

Namun, Mancini memberi amaran kepada anak buahnya bahawa tugas belum selesai walaupun mereka berjaya menumpaskan Sepanyol.

"Pujian harus diberikan kepada pemain namun ia masih belum berakhir. Kami harus kembali memperbaiki kekuatan, ia sangat sukar.

"Saya sedar ia akan menjadi perlawanan paling sukar dalam kejohanan. Ia adalah aksi keenam kami, ia pasti memenatkan tetapi kami memang mahu ke perlawanan akhir," kata Mancini selepas kemenangan 4-2 menerusi sepakan penalti penentuan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit perlawanan.

Jaringan lencong Federico Chiesa meletakkan Italy di depan selepas sejam perlawanan berlangsung namun Alvaro Morata yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 untuk mengheret aksi ke masa tambahan.

Namun, Morata gagal menyudahkan sepakan penalti penentuan sama seperti pemain Italy, Manuel Locatelli yang gagal menyempurnakan sepakan pertama buat pasukan itu.

"Sepakan penalti penentuan seperti satu loteri," kata Mancini. "Ia aksi yang sengit kerana Sepanyol adalah pasukan yang hebat. Mereka bermain dengan baik.

"Kami berjaya memberikan aksi terbaik tetapi tidak sama seperti biasa. Kami tahu bahawa kami berdepan cabaran besar dan mereka menyukarkan usaha kami sejak dari awal.

"Kami berhak berada di sini, ia tidak mudah, ada yang hampir tidak mempercayainya dan sekarang kami sudah ke final," kata Mancini.

Dengan kemenangan itu, pasukan Azzuri kini hanya perlu mengatasi pemenang dari perlawanan separuh akhir yang lain antara England dan Denmark (perlawanan berlangsung selepas akhbar ini dicetak) jika mereka ingin menjuarai Euro buat kali pertama sejak 1968.

Sepanyol berjaya mengawal permainan sebanyak 65 peratus dan melakukan 20 percubaan ke arah pintu gawang Italy, namun mereka sekali lagi dikecewakan dengan tiadanya penyudah yang tajam.

Lebih menarik lagi dalam perlawanan tersebut, Morata dilihat sebagai wira dan pengkhianat.

Penyerang Juventus itu mendapat kritikan dan kecaman meluas di media sosial selepas sepakan lemah beliau mudah diselamatkan penjaga gol Italy, Gianluigi Donnarumma.

Pengendali pasukan, Luis Enrique berkata: "Bagi saya ia bukan malam yang menyedihkan. Ini adalah sukan elit dan anda harus tahu bagaimana untuk menang dan kalah.

"Saya berkata sebelum kejohanan kami adalah salah satu daripada lapan pasukan pilihan (untuk memenangi kejohanan). Saya tidak rasa saya silap.

"Kami akan pulang dengan keyakinan bahawa kami berjaya memberi tentangan dan di antara yang terbaik."

Kapten Sepanyol, Sergio Busquets pula berkata pasukannya akan kembali lebih kuat selepas mendapat pengalaman berguna dari kejohanan Eropah ini.

"Memalukan, kami tidak mahu ia berakhir tetapi itulah bola sepak,"kata Busquets kepada stesen Radio Marca.

"Pasukan ini sangat bagus, kami jauh lebih baik daripada mereka hampir keseluruhan perlawanan dan saya bangga dengan rakan sepasukan saya.

"Ramai yang memilih Italy (untuk mara) tetapi kami telah tunjukkan bahawa kami lebih baik." - Agensi berita.


SEPARUH AKHIR EURO 2020

AWAL PAGI INI:

- England lwn Denmark

Pasukan mana yang mara dan yang tersingkir? Baca laporan perlawanan separuh akhir ini di BH.sg.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3