Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Seperti dijangka, Schooling dinobatkan Olahragawan Negara, Jasmine dipilih Anugerah Olahragawati

Aug 05, 2015 | 10:31 PM



TIADA kejutan besar apabila jaguh renang negara, Joseph Schooling - yang kini sedang beraksi di Kejohanan Dunia di Kazan, Russia - diisytiharkan sebagai Olahragawan Negara di Majlis Anugerah Sukan Singapura yang berlangsung di Hotel Marina Mandarin sebentar tadi (5 Ogos).


Anugerah Olahragawati negara pula disandang oleh ratu menembak, Jasmine Ser, di majlis gilang-gemilang yang turut diserikan kehadiran Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga yang juga Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), Encik Tan Chuan-Jin; dan Menteri Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia, Encik Lawrence Wong.


Pemilihan bintang muda renang berusia 20 tahun sememangnya sudah pun dijangka - mengatasi dua calon lain bagi kategori itu - Derek Wong (badminton) dan Zhan Jian (tenis meja).


Schooling, mahasiswa di Universiti Texas di Amerika Syarikat, menyerlah sejak tahun lalu - memenangi pingat perak bagi acara 100 meter gaya kupu-kupu di Sukan Komanwel Glasgow, Scotland, sebelum tampil sebagai perenang emas pertama Singapura di Sukan Asia dalam lebih tiga dekad apabila meledakkan kekuatannya di kolam renang Incheon, Korea Selatan, pada September/Oktober lalu.


Di Sukan SEA Ke-28 yang berlangsung di negara sendiri Jun lalu, Schooling memenangi kesemua sembilan acara yang disertainya - membantu Singapura mencatatkan pungutan emas terbanyak dalam sejarah Sukan SEA.


Ratu menembak, Jasmine, pula mengatasi saingan sengit yang termasuk srikandi bowling negara yang Jazreel Tan - atlit Singapura yang paling berjaya di Sukan Asia Incheon dengan empat pingat; satu emas (acara berpasukan), dua perak (perseorangan dan trio) dan gangsa (all-events) - untuk merangkul trofi Olahragawati Negara.


Antara pencapaian cemerlang Jasmine ialah kejayaannya membawa pulang pingat emas daripada Sukan Komanwel tahun lalu apabila penembak berusia 24 tahun itu menjuarai acara raifal 50 meter tiga posisi di Pusat Menembak Barry Buddon di Glasgow.


Dua anugerah utama lain - Pelajar Lelaki Terbaik dan Pelajar Perempuan Terbaik - masing-masing dirangkul oleh Aloysius Yapp (sukan kue) dan Martina Lindsay Veloso (menembak).


Anugerah Jurulatih Terbaik pula disandang Sergio Lopez sebagai mengiktiraf sumbangannya kepada sukan itu di sini.


Pencapaian dua atlit muda negara - jaguh silat Muhammad Nur Alfian Juma'en dan perenang berbakat Nur Marina Chan Alif Abdullah - turut tidak dilupakan apabila kededuanya menyertai senarai pemenang di majlis ini.


Alfian, satu-satunya pendekar negara yang memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura pada Jun lalu, serta Marina - sebahagian daripada skuad renang 4x100 relay yang turut menang emas - merupakan antara 19 atlit muda dipilih bagi Anugerah Kepujian (Individu) yang disampaikan di majlis ini bagi mengiktiraf pencapaian atlit terbaik negara ini sepanjang tahun lalu.


Marina, yang seperti Schooling berada di Kejohanan Dunia di Russia, diwakili oleh ibu bapanya di majlis ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >