Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

APA PANDANGAN ATLET JEPUN

Serba salah, berbelah-bagi

May 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON, TOKYO: Dengan kenaikan kes Covid-19 di Jepun, bintang-bintang sukan Jepun meluahkan kebimbangan menganjurkan Sukan Olimpik yang akan berlangsung kurang 70 hari lagi.



Pemain tenis wanita Jepun Naomi Osaka mengatakan kenaikan tahap Covid-19 di Tokyo adalah satu ''sebab besar yang membimbangkan'' dan beliau ''benar-benar tidak pasti'' sama ada Sukan Olimpik harus diteruskan pada musim panas ini.



Tokyo kini berada dalam keadaan darurat di tengah-tengah kenaikan jumlah kes, sebelum temasya sukan yang ditunda itu membuka tiranya pada 23 Julai.



Pemain nombor dua dunia itu akan membuat penampilan sulungnya di Tokyo.



''Saya seorang atlet, dan sudah tentu saya mahu beraksi di Sukan Olimpik,'' katanya.



''Tetapi, sebagai seorang manusia, saya akan kata kami kini dalam pandemik dan sekiranya orang ramai tidak sihat, dan sekiranya mereka tidak rasa selamat, maka ia pasti satu sebab besar yang membimbangkan.''



Apabila ditanya BBC Sport sama ada ia sesuai untuk menganjurkan Sukan Olimpik semasa pandemik, pemain berusia 23 tahun itu berkata: ''Secara jujur, saya benar-benar tidak pasti.''



Sukan Olimpik akan berlangsung tanpa penonton antarabangsa, sementara keputusan sama ada peminat setempat boleh menghadiri temasya sukan itu akan dibuat pada Jun.



''Saya belum pernah muncul dalam Sukan Olimpik, jadi saya tiada apa-apa untuk membuat perbandingan,'' kata Osaka, juara Grand Slam empat kali.



''Saya akan rasa, sudah tentu, sedikit sedih, tetapi hakikatnya ia adalah satu penghormatan untuk beraksi di Sukan Olimpik dan sekiranya itulah yang membuat orang ramai selamat, maka saya sokong (bermain tanpa kehadiran penonton).''



Sementara itu, juara Masters Hideki Matsuyama mengatakan beliau ''rasa berbelah bagi'' mengenai rancangan meneruskan Sukan Olimpik Tokyo.



Bercakap sebelum pertandingan Byron Nelson PGA Amerika Syarikat, Matsuyama berkata beliau ingin ''sasarkan pingat emas'' di Tokyo, tetapi mengakui beliau tidak pasti.



''Saya tidak tahu nak kata apa. Sekiranya ia dapat benar-benar diadakan dengan selamat, saya mahu rangkul pingat emas. Tetapi, kini terdapat kenaikan jumlah jangkitan di Jepun dan ia dalam keadaan yang teruk,'' kata pemain golf Jepun itu.



''Bagi sesetengah orang, ia sekali dalam setiap empat tahun...Saya mahu mereka dapat turut sama, tetapi apabila anda lihat keadaan Jepun buat masa ini, perasaan saya berbelah bagi.'' - Agensi berita




Saya seorang atlet, dan sudah tentu saya mahu beraksi di Sukan Olimpik.

Tetapi, sebagai seorang manusia, saya akan kata kami kini dalam pandemik dan sekiranya orang ramai tidak sihat, dan sekiranya mereka tidak rasa selamat, maka ia pasti satu sebab besar yang membimbangkan.

- Pemain tenis wanita Jepun Naomi Osaka.



Bagi sesetengah orang, ia sekali dalam setiap empat tahun...Saya mahu mereka dapat turut sama, tetapi apabila anda lihat keadaan Jepun buat masa ini, perasaan saya berbelah bagi.
- Juara Masters Hideki Matsuyama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >