Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Serena 'akhiri' musimnya lebih awal, tarik diri daripada Final WTA di Singapura

Oct 01, 2015 | 08:14 PM



PEMAIN wanita nombor satu dunia, Serena Williams, mengumumkan bahawa beliau akan menarik diri daripada Terbuka China minggu depan dan juga Final Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) BNP Paribas - kejohanan penutup tirai musim yang hanya menampilkan lapan pemain terbaik dunia di Singapura - hujung bulan ini sekali gus menamatkan musimnya lebih awal daripada dijangka.


"Saya kini mengambil langkah proaktif dan menarik diri daripada kededua kejohanan di Beijing dan Singapura bagi membolehkan saya memberi perhatian kepada tahap kesihatan yang mengambil masa untuk pulih," ujar juara kejohanan Grand Slam sebanyak 21 kali melalui satu kenyataannya sebentar tadi (1 Oktober).


Serena, 34 tahun, tidak bermain sejak mengalami kekalahan mengejut kepada pemain Italy, Roberta Vinci, di pusingan separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat bulan lalu - kekalahan yang meranapkan harapannya menjadi pemain wanita pertama dalam 27 tahun untuk memenangi kesemua empat kejuaraan Grand Slam dalam satu musim.


"Bukanlah sesuatu rahsia saya menahan sakit semasa beraksi pada sebahagian besar tahun ini... sama ada siku saya, lutut ataupun jantung saya pada babak-babak terakhir di Flushing (Meadows)," tambah Serena sambil merujuk kepada kekalahannya di Terbuka Amerika itu.


Final WTA BNP Paribas di Singapura dijadualkan pada 23 Oktober hingga 1 November ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >