NEW YORK: Serena Williams berjuang mengatasi kesilapan sendiri dan menghadapi tekanan dalam usaha mencipta sejarah bagi dirinya supaya layak ke pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Pemain Amerika berusia 33 tahun itu bangkit mengalahkan rakan senegara, Bethanie Mattek-Sands (di tangga ke-101), dengan keputusan 3-6, 7-5, 6-0 di Stadium Arthur Ashe.