Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Sertai ‘kelab sukan’ terbesar Singapura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Sertai ‘kelab sukan’ terbesar Singapura

Apr 27, 2014 | 06:00 AM

Apakah ActiveSG

IA pertama kali diperkenalkan sebagai Kelab Sukan Super tahun lalu, tetapi kini bergelar ActiveSG. Ia adalah gerakan senegara untuk menggalakkan warga setempat menjalani gaya hidup sihat dengan bersukan.

Di mana

Singapura dibahagikan kepada lima zon - Utara, Timur, Barat, Pusat, Timur Laut. Warga boleh melibatkan diri dalam sukan di pusat-pusat sukan di Jurong West, Clementi dan Ang Mo Kio (mulai Mei), serta Sengkang, Yio Chu Kang, Bishan dan Pasir Ris.

Apa yang disediakan di pusat sukan?

Gimnasium tepi kolam, Pit barbeku,  Stesen mengecas alat bimbit,  Khidmat Wi-Fi percuma,  Alat permainan di kolam renang

Bagaimana hendak ikut serta

Keanggotaan dibuka untuk warga dan warga tetap dan adalah percuma.

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi telefon bijak - myactivesg - atau mendaftar di laman web myactivesg. com.

Setelah mendaftar, anggota ActiveSG boleh memasuki pusat sukan dengan menunjukkan sebarang kad pengenalan - NRIC, lesen memandu dan sebagainya.

Apakah ganjaran untuk anggota

Diskaun dan undangan eksklusif untuk mengikuti kelas kecergasan istimewa. Anggota juga boleh menggunakan rangkaian anggota baru untuk bertemu rakan bersenam atau menganjurkan pertandingan mini sesama sendiri.

Setiap anggota ActiveSG juga akan menerima dolar ActiveSG bernilai $100 untuk digunakan di pusat-pusat sukan.

Kegiatan baru

Beberapa kegiatan baru akan ditawarkan, seperti Masala Bhangra dan Piloxing.

Selanjutnya

Anggota boleh melibatkan diri dalam Pesta Sukan dan acara Sukan Nasional hujung tahun ini untuk menguji keupayaan dengan anggota lain yang berkebolehan setara.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3