LIGA PERDANA ENGLAND
Seru siasat isu perkauman lepas pemain Chelsea dicemuh
Dec 24, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA) meminta diadakan satu siasatan pemerintah ke atas isu perkauman dalam bola sepak Inggeris selepas kemenangan 0-2 Chelsea ke atas Tottenham dicemari dakwaan cemuhan terhadap Antonio Rudiger.
Pemain Chelsea asal Jerman itu terlibat dalam satu insiden yang menyaksikan pemain Tottenham, Son Heung-min, dibuang padang. Rudiger kemudian mendakwa menjadi mangsa cemuhan penonton tuan rumah Spurs di White Hart Lane.