Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Setuju main semasa perayaan walau kes Covid-19 capai rekod

epl
Dec 22, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Liga Perdana England (EPL) dan kelab Liga Bola Sepak England (EFL) memutuskan untuk memenuhi jadual perlawanan semasa musim perayaan hujung tahun ini, walaupun terdapat gangguan Covid-19.



Keputusan itu diambil walaupun jumlah rekod sekitar 90 pemain EPL positif Covid-19 minggu lalu.



Sebanyak 20 kelab EPL bertemu kelmarin untuk membincangan senarai perlawanan akan datang, selepas enam perlawanan ditunda hujung minggu lalu.



Tiada undian dijalankan dan jadual asal yang melibatkan dua pusingan perlawanan dijalankan dalam lima hari bermula 26 Disember akan diteruskan, jika selamat untuk berbuat demikian.



Sebelum pertemuan itu, pemerhati menjangka perlawanan EPL pada minggu perlawanan ke-20, yang bermula 28 Disember, ditunda bagi mengurangkan tekanan ke atas kelab yang terjejas akibat Covid-19.



BBC melaporkan satu titik perbincangan antara kelab dalam pertemuan itu ialah setiap kelab beraksi dalam dua perlawanan dalam tempoh tiga minggu.



Namun, kelab-kelab itu dinasihatkan supaya memenuhi jadual asal jika mereka boleh menurunkan sekurang-kurangnya 13 pemain cergas.



Dalam pada itu, perlawanan ulangan pusingan ketiga dan keempat Piala FA telah dibatalkan.



Perbincangan juga sedang diadakan untuk menggugurkan salah satu daripada dua perlawanan separuh akhir Piala EFL.



Sejurus selepas pertemuan itu, EPL memberi pengesahan 90 kes positif baru dikesan selepas ia menguji 12,345 pemain dan kakitangan antara 13 dengan 19 Disember.



Angka itu lebih seganda jumlah kes minggu lalu.



Pada Isnin lalu, perangkaan yang dikeluarkan oleh EPL menunjukkan 77 peratus pemain telah mendapatkan dua suntikan vaksin, bertambah daripada 68 peratus pada Oktober.



Secara keseluruhan, 84 peratus pemain telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.



Jurucakap EPL berkata pertemuan awal minggu ini menyaksikan beberapa isu dibincangkan, termasuk memperhalusi proses menunda perlawanan.



Ini selepas perlawanan antara Aston Villa dan Burnley Sabtu lalu ditunda hanya dua jam sebelum ia dijadual bermula.



Dalam perlawanan antara Chelsea dan Wolverhampton Wanderers Ahad lalu, Chelsea menamakan hanya enam pemain simpanan.



Liverpool pula memulakan perlawanan menentang Tottenham Hotspur, yang berakhir dengan seri, tanpa beberapa pemain kesebelasan utamanya.



Difahamkan Liverpool dan Chelsea antara kelab yang menggesa EPL menunda perlawanan minggu ke-20. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >