Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sevilla pecahkan rekod Real 40 perlawanan tanpa kalah

Jan 17, 2017 | 11:17 AM



MADRID - Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, menggesa pasukannya supaya melupakan kekecewaan mereka selepas mengalami kekalahan pertama dalam 41 perlawanan apabila Sevilla mengubah haluan perlawanan dan mendapat nafas baru memburu gelaran Sepanyol dengan kemenangan 2-1 pada Ahad.



Anak buah Zidane kelihatan bersedia melanjutkan kejayaan mereka menduduk tempat teratas apabila Cristiano Ronaldo membuka jaringan di Stadium Sanchez Pizjuan dengan tendangan penalti pada babak kedua.



Bagaimanapun, kapten Real, Sergio Ramos menggembirakan penyokong tuan rumah menanduk bola ke gawang sendiri.



Pemain gantian, Stefan Jovetic membuat tendangan serong pada masa kecederaan dalam penampilan sulung di La Liga membolehkan Sevilla merapatkan jurang dengan perbezaan satu mata di belakang Real yang kekal dengan 40 mata.



Kemenangan itu juga meletakkan Sevilla di tempat kedua di atas Barcelona (38 mata), tetapi Real masih mempunyai satu lagi perlawanan dalam tangan.



"Saya berbangga dengan mereka semua atas apa yang telah kami lakukan sehingga kini," kata Zidane kepada BeIN Sports Spain.



"Kami tahu ini akan berlaku suatu hari kelak, ia berlaku hari ini, dan kini kami perlu terus bekerja keras dalam semua pertandingan."



Walaupun rekod 40 perlawanan tanpa kalah Real pecah, Ronaldo menjadi penjaring penalti bersama tertinggi dalam sejarah La Liga.



Pemain Portugis itu menyamakan kedudukan dengan bekas pemain hebat Real, Hugo Sanchez.



Jurulatih Sevilla Jorge Sampaoli berkata pasukannya boleh memanfaatkan rentak yang diperoleh oleh untuk menjana semangat memburu gelaran.



"Ia merangsang pasukan - bermain seperti ini menentang pasukan yang tidak tewas sekian lama," kata jurulatih asal Argentina itu.



"Kesimpulan daripada permainan ini ialah kami menang, kami satu mata di belakang mereka dan bermain dengan penuh keberanian menentang pasukan besar." - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >