Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLETIK

SG kemuka bidaan untuk anjur Kejohanan Atletik Dunia

Mar 19, 2022 | 07:43 AM



BINTANG atletik terbaik dunia akan berhimpun di Hab Sukan Singapura, sekiranya Singapura memenangi bidaan untuk menganjurkan Kejohanan Atletik Sedunia (WA).



Dalam satu kenyataan media kelmarin, agensi sukan negara Sport Singapore (SportSG) mengumumkan Singapore25, iaitu bidaan negara bagi edisi ke-20 pertandingan berprestij dwitahunan itu.



Singapura "mempunyai matlamat untuk menjadi pintu masuk bagi atletik di Asia Tenggara, rantau yang memiliki potensi yang belum diterokai untuk sukan itu," katanya dalam kenyataan itu.



SportSG menambah bahawa ia akan bekerjasama dengan hartawan hotel Ong Beng Seng, individu di sebalik kejayaan perlumbaan Formula Satu Grand Prix Singapura, dengan harapan untuk menghasilkan kejayaan yang serupa.



Kejohanan Atletik Dunia seterusnya akan diadakan di Eugene, Oregon mulai 15 hingga 24 Julai ini selepas ia ditunda selama setahun akibat pandemik. Edisi selepas itu akan diadakan di Budapest pada 2023.



Difahamkan Jepun, Kenya dan Poland adalah antara negara yang juga telah membuat bidaan untuk edisi 2025 kejohanan, dengan ketiga-tiga negara pernah menganjurkan acara atletik baru-baru ini.



Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 23 Julai hingga 8 Ogos tahun lalu, manakala Nairobi mementaskan Kejohanan Bawah 20 Tahun Dunia pada 18 hingga 22 Ogos lalu. Poland pula menganjurkan acara Lari Berganti WA di Silesia pada Mei lalu.



Sekiranya bidaan Singapura berjaya, ia merupakan kali pertama Asia Tenggara menganjurkan acara tersebut. Pertandingan itu hanya pernah diadakan di Asia lima kali sebelum ini. Jepun menjadi tuan rumah dua kali - di Tokyo (1991) dan Osaka (2007), dan ia juga pernah diadakan di Daegu, Korea Selatan (2011), Beijing, China (2015) dan Doha, Qatar (2019).



Satu jawatankuasa penilaian daripada WA dijangka akan melaksanakan penilaian bida dan kesesuaian setiap pemohon dalam beberapa bulan akan datang.



Walaupun Singapura kurang pengalaman mengadakan acara atletik berskala besar, ia mempunyai infrastruktur yang diperlukan dan kemudahan bertaraf dunia.



Hab Sukan bernilai $1.33 bilion dan dapat menampung 55,000 penonton, yang dibuka pada 2014, difahamkan sebagai 'tarikan' utama dalam bidaan Singapura itu.



Negara ini juga berpengalaman mementaskan beberapa acara taraf dunia. Sejak beberapa tahun ini, acara sukan peringkat antarabangsa telah berlangsung di sini termasuk Kejohanan Dunia Wanita Golf HSBC, pertandingan tenis WTA Final pada 2014 hingga 2018 dan Grand Prix Singapura Formula Satu - yang baru-baru ini dilanjutkan selama tujuh tahun lagi.



Di samping itu, Singapura merupakan pilihan yang menarik kerana ia membolehkan WA membawa kejohanan ke rantau baru, dan yang mempunyai bakat atletik yang semakin berkembang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >