Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shahril atasi Sundram dalam liga Malaysia

Mar 15, 2014 | 03:53 PM



PASIR GUDANG: KAPTEN pasukan nasional Shahril Ishak menjaringkan gol pertamanya dalam jersi Johor Darul Takzim II untuk meraih kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan yang dibimbing bekas jurulatih LionsXII V. Sundramoorthy, dalam perlawanan Liga Perdana Malaysia di Pasir Gudang, semalam.


Beliau meloncat tinggi tanpa dikawal untuk menanduk kemas bola hasil hantaran silang dari kanan pada minit ke-51, selepas separuh masa pertama terikat tanpa gol.


Gol kedua pula dijaringkan oleh pemain import Braulio Nobrega (Sepanyol) hasil satu tendangan percuma pada minit ke-70.


Kemenangan itu bermakna JDTII meloncat mengatasi Negeri Sembilan ke tangga ketiga dengan 11 mata.


Negeri Sembilan turut mengutip 11 mata tetapi menjaringkan kurang gol.


Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Sundramoorthy akur pasukannya telah mencuba sedaya upaya, tetapi dihukum dua gol setelah hilang tumpuan dalam separuh masa kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >