Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PASCA KEJOHANAN PENCAK SILAT SEDUNIA

Shakir Juanda rehat sambil atur langkah selanjutnya

Dec 13, 2016 | 05:30 AM



BELIAU baru sahaja membawa pulang pingat emas setelah merebut semula takhta juara dunia dalam Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-17 di Bali minggu lalu.



Kini, Muhammad Shakir Juanda, 28 tahun, sudah mula memikirkan sasaran bagi pertandingan besar seterusnya, iaitu Sukan SEA di Malaysia tahun depan.



Apabila dihubungi Berita Harian semalam, Shakir, yang sedang berehat bersama keluarga, berkata beliau akan menghabiskan masa seminggu ini bersama mereka sebelum sambung berlatih.



Menurut Shakir, beliau banyak menghabiskan masa menjalani latihan intensif bagi kejohanan di Bali tersebut selama empat bulan lalu, sehingga hampir tiada masa mendampingi keluarga.



"Saya dah banyak mengorbankan masa buat latihan bagi pertandingan itu, jadi sekarang ini saya ingin meluangkan masa berkualiti dengan keluarga," ujarnya, yang merancang membawa isteri dan anaknya bercuti ke negara jiran sebelum mula berlatih.



Selain itu, beliau dan pesilat lain yang menyertai kejohanan di Bali itu telah bertemu malam tadi untuk membincangkan rancangan mereka bagi dua tahun mendatang.



Ditanya sama ada beliau sudah cukup rehat sejak pulang ke tanah air Jumaat lalu, bapa seorang anak lelaki yang berumur 14 bulan itu tertawa sambil berkata:



"Bolehlah... Rehat daripada latihan buat sementara ini tetapi tiada rehat daripada tanggungjawab sebagai seorang ayah."



Kepulangan Shakir serta anggota pasukan silat Singapura yang lain itu bukan sahaja disambut meriah oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad Jumaat lalu.



Malah, bagi Shakir, ketibaannya di Lapangan Terbang Changi turut disambut sorakan padu lebih 20 anggota keluarganya.



Ibarat satu tradisi tatkala pulang ke tanah air selepas pertandingan, mereka sekeluarga turut menjamu selera di restoran Mak's Place di Changi Road.



Menurut Shakir, keluarga asyik memintanya berkongsi pengalaman bertanding di Bali dan bergilir-gilir menyarungkan pingat emas yang baru diraih itu.



"Tapi sebelum Shakir pakaikan pingat itu di leher nenek, nenek dah mula menangis. Dia menangis kerana bersyukur Shakir selamat dan tidak cedera dalam pertandingan itu. Dan apabila Shakir pulang dengan pingat emas ini, nenek bangga sekali," ujarnya.



Semasa hujung minggu pula, beliau sibuk menghadiri lima majlis perkahwinan saudaranya.



Apabila bertemu dengan beberapa saudaranya di majlis itu, Shakir sekali lagi diminta menceritakan pengalamannya di Bali.



Meskipun terpaksa mengulangi cerita yang sama beberapa kali, beliau tidak rasa penat.



Sebaliknya, beliau terdorong dek minat yang mereka tunjukkan.



"Saya harus beri peluang kepada mereka kerana mereka juga penyokong saya.



"Reaksi mereka amat menggalakkan bagi saya dan saya harap pengalaman saya ini dapat sedikit sebanyak memberi mereka semangat menyertai silat atau sekurang-kurangnya mengamalkan gaya hidup sihat," katanya.



Malah, di satu majlis jemputan kelmarin, Shakir juga menghadiahkan pasangan mempelai satu persembahan silat pengantin secara spontan selepas juara dunia kali kedua itu digesa jemputan dan deejay.



Shakir, yang tewas dalam Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-16 di Phuket, Thailand, berjaya bangkit semula dan merebut semula gelaran juara dunia itu dalam kejohanan di Bali tahun ini.



Beliau juga pernah muncul juara dunia dalam Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-15 di Chiang Rai, Thailand, pada 2012.



Selain Shakir, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin membawa pulang pingat emas Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-17 di Bali tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >