Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shakir, Safuwan jadi wira pasukan Singa, bantu Yoshida catat kemenangan pertama dalam perlawanan kompetitif

Sep 11, 2019 | 08:34 AM



DUA pemain pertahanan menjadi wira pasukan Singa mencatat kemenangan pertama dalam Kempen Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia AFC China 2023 malam semalam.





Kemenangan ke atas Palestin itu merupakan yang pertama buat jurulatih pasukan Singa Tatsuma Yoshida dalam perlawanan kompetitif.





Ia juga yang pertama ke atas pasukan Timur Tengah sejak 2013.





Kali terakhir, Singapura mengalahkan Syria 2-1 di bawah bimbingan jurulatih Bernd Stange. 





Di depan penyokong membanjiri Stadium Jalan Besar yang penuh semalam, anak buah Yoshida menunjukkan hasrat untuk menggenggam kemenangan sejak di awal perlawanan.





Hasil corak permainan yang meletakkan tekanan kepada benteng pertahanan pihak lawan, Singapura dihadiahkan gol pada minit ke-3 menerusi jaringan Shakir Hamzah.





Namun keadaan itu gagal bertahan lama.





10 minit kemudian, benteng pertahanan pasukan Singa ditembusi pemain Palestin Yaser Hamed, untuk menyamakan kedudukan 1-1.





Singapura membalas pada minit ke-33 hasil jaringan gol Safuwan Baharudin yang menanduk bola masuk melalui hantaran hebat Shahdan Sulaiman dari sudut tepi.





Jaringan kemenangan itu meletak Singapura di tempat duduk pemandu, mendahului keadaan 2-1. 

Keputusan itu kekal sehingga ke wisel penamat.





Singapura telah memungut empat mata dalam dua perlawanan, meletakkannya di puncak tangga Kumpulan D setakat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >