Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shamsul Maidin dilantik Pengarah Pengadil AFC

Jan 06, 2016 | 03:49 PM



MANTAN pengadil Piala Dunia FIFA dari Singapura Shamsul Maidin telah dilantik menjadi Pengarah Pengadil Gabungan Bola Sepak Asia (AFC).


Shamsul, 49 tahun yang bersara sebagai pengadil pada 2007, mengambil alih jawatan itu daripada Yoshimi Ogawa yang mengundur diri selepas sedekad.


Sebelum menyandang jawatan terbaru ini pada 4 Januari lali, Shamsul ialah seorang Pelatih Pengadil FIFA dan Penilai Pengadil Elit AFC.


Katanya:


"Saya menerima peluang hebat ini dengan rendah hati. Pendidikan dan pembangunan pengadil di Asia sesuatu yang dekat di hati saya dan bersama anggota AFC dan pemegang taruhan lain , saya yakin kami dapat meningkatkan mutu pengadil di Asia."


Kerjaya Shamsul sebagai pengadil telah membawanya ke serata dunia, di mana beliau menjadi pengadil di Piala Confederations FIFA pada 2005 dan Piala Dunia FIFA 2006.


Beliau satu-satunya pengadil bukan Afrika yang menjadi pengadil di Piala Negara-Negara Afrika 2006.


Sebelum itu, Shamsul yang pernah memenangi anugerah pengadil terbaik AFC sebanyak dua kali, juga turut menjadi pengadil di Piala Asia AFC 1996, 2000 dan 2004; dan di Piala Dunia Belia FIFA 2001 dan 2003.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >