Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF

Shannon pemain golf amatur SG pertama diundang aksi di Amatur Wanita Nasional Augusta

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN golf setempat, Shannon Tan, telah diundang menyertai Kejohanan Golf Amatur Wanita Augusta Nasional, pemain golf warga Singapura pertama yang bakal beraksi dalam kejohanan tersebut.



Dimulakan pada 2019, kejohanan golf amatur itu dianggap sebagai antara pertandingan terunggul di dunia bagi pemain-pemain amatur.



Antara yang pernah bertanding dalam acara itu termasuk pemenang Terbuka Wanita Amerika tahun lalu, Yuka Saso dari Filipina.



Kejohanan kali ini dijadual berlangsung dari 30 Mac hingga 2 April di Georgia, Amerika Syarikat.



Berkongsi pengalaman beliau sebaik menerima undangan tersebut, Tan berkata beliau pada awalnya tidak menjangka akan menerima undangan itu kerana ranking beliau di luar senarai 30 pemain golf wanita amatur terbaik dunia.



Namun, beliau mula mengesyaki sesuatu selepas penganjur menghubunginya menerusi e-mel bagi mendapatkan nombor telefon beliau.



Tan, 17 tahun, yang menduduki ranking ke-78 dalam senarai pemain golf amatur dunia, berkata:



"Saya tidak berada dalam senarai 30 teratas dunia, jadi berdasarkan kedudukan saya ini... peluang saya beraksi memang tipis sekali. Jadi, iya... perkembangan ini sangat mengejutkan.



"(Saya tidak dapat tidur) untuk seketika, saya terlalu gembira dan tidak dapat berhenti memikirkannya".



Kejohanan sebanyak 54 lubang itu dibahagikan kepada dua lokasi - 36 lubang pertama pada dua hari pertama di Kelab Golf Champions Retreat dengan 30 pemain teratas akan beraksi pula pada 2 April di Kelab Golf Nasional Augusta yang masyhur.



Namun, semua pemain diberi peluang beraksi di sana juga pada 1 April, dalam satu pusingan latihan.



Tan akur, beliau tidak sabar menantikan peluang beraksi di padang golf yang telah menjadi gelanggang permainan bintang-bintang sukan itu di kejohanan Masters dan untuk bersaing dengan pemain amatur terbaik di dunia.



"Saya teruja akan bermain dengan pemain handalan lain, tapi saya juga tidak tahu apa yang perlu dijangkakan," ujar Tan.



"Sebenarnya, saya tidak mempunyai sebarang jangkaan dan hanya ingin menikmati pengalaman ini," kata Tan, yang kini berpangkalan di Gold Coast, Australia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >