Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Shapalov mara setelah tewaskan Chardy

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



DUBAI: Denis Shapalov berjaya menewaskan lawannya, veteran Perancis Jeremy Chardy, dengan mata 7-5, 6-4 di Dubai kelmarin, sekali gus mara ke pusingan separuh akhir ke-12 dalam kerjayanya, manakala Aslan Karatsev menyingkirkan pemain nombor 16 dunia Jannik Sinner.



Shapovalov belum kalah set minggu ini di bandar Amiriah itu, dan belum ditewaskan dalam kesemua 28 perlawanan servis dalam tiga perlawanan.



Pemain dari Canada berusia 21 tahun itu telah memenangi 26 perlawanan dan hanya kehilangan enam mata pada servis sepanjang perlawanan menentang Chardy.



Shapalov bakal menentang Kei Nishikori atau Lloyd Harris dalam kemunculan ketiganya dalam perlawanan separuh akhir sejak kejohanan itu dimulakan semula setelah dihentikan buat sementara pada Ogos tahun lalu.



"Saya banyak memberikan tumpuan pada servis saya pada latihan beberapa minggu ini, dengan meletakkan banyak masa mencuba cara servis yang berbeza dan cuba mengadakan lebih banyak variasi," kata pemain nombor 12 dunia itu.



Shapalov dan Chardy bermain dengan sengit untuk 10 perlawanan pertama sebelum pemain kidal itu berjaya memperolehi 'break point' menerusi teknik 'backhand'. Shapalov bermain set pembukaan dengan selesa.



Satu rehat penting dalam permainan kesembilan memberi Shapalov kelebihan pada set kedua, dan dia berjaya memenangi permainan itu dengan ace kesepuluhnya dalam perlawanan itu.



Sementara itu, Karatsev membuat kejutan sekali lagi selepas perlawanannya di peringkat separuh akhir di Terbuka Australia bulan lepas dan mara ke peringkat ke-empat terakhir di Dubai dengan kemenangan 6-7(5/7), 6-3, 6-2 ke atas Sinner dari Itali.



Pemain berusia 27 tahun itu, yang memulakan tahun ini pada kedudukan ke-114 di dunia sebelum berjaya dalam perlawanannya di Melbourne, bangkit dari satu set untuk dua pertandingan berturut-turut di Dubai.



Pemain dari Russia itu menghasilkan 41 kemenangan terhadap 25 kesilapan semasa perlawanan suku akhir yang berlangsung selama dua jam 49 minit.



Karatsev akan menentang pemain seed nombor dua Andrey Rublev atau pemain dari Hungary Marton Fucsovics.



"Dari permulaan perlawanan, amat sukar untuk membiasakan diri dengan rentak permainan, kerana beliau bermain dengan pantas, dan beliau sangat berbakat dan seorang pemain yang baik.



"Saya mengambil masa untuk membiasakan diri dengan rentak permainan dan saya tidak bernasib baik pada 'tiebreak'.



Saya hanya mula berasa lebih selesa pada set kedua," kata Karatsev yang menduduki ranking ke-42.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >