Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shaqira nak jadi juara dunia... bukan dibayangi ayah, dua abang juara dunia

Jul 24, 2022 | 06:30 AM



SEBAGAI anak dan adik jaguh silat, tekanan terletak pada bahu srikandi silat Singapura, Nur Shaqira Sheik Alau'ddin, untuk menyambung legasi keluarganya.



Shaqira anak bongsu juara dunia dua kali dan Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'dddin Yacoob Marican.



Juara dunia tiga kali, Sheik Farhan, dan juara dunia 2018, Sheik Ferdous, abangnya.



Bagaimanapun, pelajar Sekolah Sukan Singapura itu tidak gentar menyahut cabaran tersebut, bahkan bertekad mencapai kecemerlangan dengan "identitinya sendiri".



Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-19 di Melaka minggu depan adalah penampilan sulungnya dalam pertandingan berprestij sukan itu dan menjadi pentas terbaik untuk memperkenal dirinya kepada dunia silat.



"Amat tertekan menjadi adik dua juara dunia. Saya tidak ada identiti sendiri.



"Saya dikenali sama ada sebagai 'anak perempuan Sheik Alau'ddin' atau 'adik perempuan Sheik Farhan dan Sheik Ferdous'," ujar Shaqira, anak bongsu daripada enam adik-beradik, ketika ditemui Berita Minggu di dewan sukan OCBC Arena baru-baru ini.



"Jadi, saya berharap dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia ini, saya dapat membina identiti saya sendiri dan dikenali sebagai diri saya - Shaqira."



Dua lagi anak Sheik Alau'ddin juga pernah mewakili negara. Nur Shafiqa pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2015, manakala Sheik Fayz meraih gangsa di Kejohanan Pencak Silat Junior Dunia 2018.



Shaqira tidak kurang hebatnya ketika beraksi dalam pertandingan antarabangsa peringkat senior pertamanya di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara 2022 pada Februari lalu di Singapura.



Beliau membawa pulang pingat perak selepas tewas kepada pesilat handal Indonesia, Rahmawati, dalam final acara tanding F (70-75kg) puteri.



"Pengalaman itu memberi saya keyakinan dan bersikap lebih terbuka untuk mempelajari lebih banyak teknik dan menjadi lebih baik," kata Shaqira, yang mula berlatih silat seawal usia tiga tahun.



Ditanya siapa menjadi inspirasi beliau dalam sukan itu, Shaqira menjawab:



"Tiada sesiapa. Saya mendapat inspirasi daripada diri sendiri. Saya mahu jadi yang terbaik," ujarnya.



"Saya sentiasa membayangkan diri saya bertanding di Kejohanan Pencak Silat Dunia. Mudah-mudahan, saya juga dapat menjadi juara dunia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >