NEW DELHI: Srikandi tenis dan juara lima kali kejohanan Grand Slam, Maria Sharapova, kini disiasat di India atas dakwaan penipuan dan konspirasi jenayah selepas projek perumahan mewah yang disokongnya telungkup, kata polis dan peguam semalam.
Firma yang bertanggungjawab bagi pembangunan projek itu dituduh mengutip jutaan dolar daripada pembeli rumah sebelum projek berkenaan terbengkalai.