PENYALAHGUNAAN DADAH
Sharapova ingin buat rayuan atas hukuman gantung
Jun 10, 2016 | 05:30 AM
LONDON: Bintang tenis Russia Maria Sharapova akan membuat rayuan ke atas hukuman penggantungan selama dua tahun kerana menggunakan dadah terlarang yang dilihat akan menamatkan kerjaya gemilang antara atlit paling berprofil tinggi di dunia.
Sharapova, 29 tahun, diuji positif menggunakan bahan terlarang meldonium semasa Terbuka Australia, Januari lalu.