TENIS

Sharapova jamin tempat di pertandingan kelayakan Wimbledon

ROME: Maria Sharapova menjamin tempatnya dalam perlawanan kelayakan Wimbledon selepas menundukkan pemain asal Amerika Syarikat, Christina McHale, dalam pusingan pertama pertandingan Terbuka Italy, kelmarin.

Pemain asal Russia itu, yang diberi wild card untuk bersaing di Rome selepas 15 bulan dilarang bermain tenis gara-gara salah guna dadah, membuat tiga kesilapan semasa membuat serve dalam set pembukaan, namun tetap menang 6-4, 6-2.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan