Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sheffield United raih kemenangan pertama, Everton terus persaingan

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



SHEFFIELD: Sheffield United akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan Liga Perdana England (EPL) pertama mereka musim ini selepas 18 perlawanan setelah berjaya menumpaskan Newcastle United yang bermain dengan 10 pemain di Bramall Lane.



Pemain tengah Newcastle, Ryan Fraser dibuang padang pada separuh masa pertama selepas menerima dua kad kuning menyusuli kekasaran ke atas John Fleck dan David McGoldrick.



Dengan hanya 15 minit sebelum tamat perlawanan, Sheffield dianugerahkan tendangan penalti selepas pemain pertahanan Newcastle Federico Fernandez didapati menyentuh bola oleh pengadil Andy Madley.



Pemain gantian, Billy Sharp menyempurnakan peluang untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan tersebut.



Kemenangan tersebut mengakhiri rekod 20 perlawanan tanpa kemenangan kelab The Blades itu sejak menewaskan Chelsea 3-0 musim lalu pada 11 Julai.



Mereka gagal mencatatkan kemenangan sepanjang musim ini dengan hanya dua keputusan seri dan 15 kekalahan - keputusan terburuk dalam sejarah EPL.



Sheffield kekal di tangga tercorot dengan lima mata, namun hanya tiga mata di belakang pasukan tempat ke-19, West Bromwich dan sembilan mata di belakang Brighton yang menduduki tangga ke-17, dengan kedua-dua masih mempunyai satu lagi perlawanan untuk dimainkan.



Sementara itu, Everton mengekalkan saingan mereka sebagai pencabar empat pasukan teratas apabila berjaya menewaskan Wolves 2-1 dalam aksi liga awal pagi semalam.



Kemenangan tersebut meletakkan pasukan kendalian Carlo Ancelotti di tangga keempat liga dengan 32 mata - empat mata di belakang pendahulu liga Manchester United.



Pemain tengah Everton, Alex Iwobi membuka tirai jaringan pada minit keenam, namun Ruben Neves menyumbatkan gol penyamaan lapan minit kemudian.



Wolves terus mengasak pada separuh masa kedua, namun tandukan pemain pertahanan, Michael Keane pada minit ke-77 memastikan kemenangan Everton di Stadium Molineux.



Mengulas tentang kemenangan itu, Ancelotti berkata: "Jika anda dapat menang di sini, bermakna anda telah beraksi dengan cemerlang dan kami menunjukkan persembahan yang baik." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >