BEKAS juara dunia silat Sheik Ala'ddin Yacoob Marican telah mencabar anak didiknya menunjukkan prestasi emas hujung minggu ini.
Sejumlah 18 pesilat nasional akan beraksi dalam kededua acara tanding dan seni di Kejohanan Pencak Silat Asia ke-2 yang berlangsung dari esok hingga lusa.
Menurut Sheik Alau'ddin, beliau bukan sahaja menggesa pesilat mapan seperti juara berganda Sukan SEA, Muhammad Nur Alfian Juma'en, dan juara dunia, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, supaya memenangi pingat emas, malah setiap pesilat yang menyarung seragam nasional nanti.
Turut terlibat ialah 10 pesilat remaja yang bakal bertanding dalam Kejohanan Pencak Silat Sekolah Sukan Dunia sulung yang berlangsung serentak dengan pertandingan ini.
"Ini bukan lagi satu latihan atau ujian. Ini adalah pertandingan.
"Mereka perlu bersemuka dengan pesilat dari negara jiran dengan tekad tidak mengaku kalah," kata Sheik Alau'ddin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi).
"Pesilat kami perlu menunjukkan kepada saya bahawa mereka layak terus mewakili negara," ujarnya.
Pertandingan yang melibatkan sembilan negara ini disifatkan sebagai persiapan penting bagi Kejohanan Pencak Silat Dunia akhir tahun nanti dan Sukan Asia 2018 di Jakarta.
Acara pembukaan bermula 7.30 malam (Jumaat, 3 Jun) di Dewan Sukan Bedok.
Seterusnya, pertandingan berlangsung dari 9 pagi hingga 9 malam pada Sabtu dan Ahad.
Tiket berharga $5 dijual di pintu masuk.
Pesilat nasional di Kejohanan Pencak Silat Asia ke-2
Hamillatu Arash Juffrie Tanding Kelas A (45-50kg), Seni Ganda dan Regu
Irham Mustafa Kamal Tanding Kelas B (50-55kg), Seni Regu
Muhammad Zhafri Shahrudin Tanding Kelas C (55-60kg)
Nur Abdul Ghani Kamaruddin Tanding Kelas D (60-65kg)
Muhammad Haziq Mohamed Yusli Tanding Kelas E (65-70kg)
Abdul Raaziq Bin Abdul Rashid Tanding Kelas F (70-75kg)
Muhammad Nur Alfian Juma'en Tanding Kelas G (75-80kg)
Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin Tanding Kelas I (80-85kg)
Sheik Farhan Sheik Alau'ddin Tanding Kelas J (85-90kg)
Muhammad Iqbal Abdul Rahman Seni Tunggal
Muhammad Haziq Zainal Abidin Seni Ganda, Regu
Nurzuhairah Mohd Yazid Tanding Kelas A, Seni Regu
Nur Shafiqa Sheik Alau'ddin Tanding Kelas B
Nurul Shafiqah Mohd Saiful Tanding Kelas C
Nurul Suhaila Mohd Saiful Tanding Kelas D
Atiq Isnarti Roslan Tanding Kelas E
Nurhanishah Shahrudin Seni Tunggal, Ganda, Regu
Nur Azlyana Ismail Seni Ganda, Regu