Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sheik Alau'ddin: Prestasi pesilat S'pura membanggakan

Dec 18, 2018 | 05:30 AM



TIRAI Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-18 telahpun dilabuhkan kelmarin dengan pasukan silat Singapura meraih kemenangan besar sekali gus dinobat juara keseluruhan kejohanan tersebut.



Pesilat negara mempamerkan kecemerlangan mereka di gelanggang sendiri dengan membolot 20 pingat - tujuh emas, enam perak dan tujuh gangsa - daripada 24 acara yang dipertanding dalam kejohanan ini.



Jelas kebanggaan ini lebih dapat dirasakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Setelah hampir tiga bulan bertungkus lumus membuat persediaan antara menganjurkan kejohanan dunia ini buat kali ketiga di Singapura, di samping memastikan anak didiknya berada dalam tahap yang optimum dan tertinggi menjelang pertarungan besar, Sheik Alau'ddin kini mampu menarik nafas lega.



"Sekarang ini saya rasa sangat baik, sangat relaks, namun tetap bangga dengan apa yang telah dikecap pasukan silat kami. Ini merupakan sesuatu yang dapat kami banggakan bersama.



"Saya perlu memberi pengiktirafan istimewa kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran kejohanan ini, terutama kepada Sport Singapore (SportSG) dan Aladdin Street Singapore.



"Tanpa sokongan padu mereka saya mungkin tidak dapat melakukan ini seorang dan menganjurkan kejohanan ini pada skala yang telah kami lihat," katanya.



Penganjuran kejohanan dunia ini turut mendapat pujian daripada negara yang bertanding sambil mengatakan ia mungkin kejohanan pencak silat dunia terbaik yang pernah dianjurkan.



Mengongsi tentang pujian yang diterima, Sheik Alau'ddin berkata:



"Mereka menghargai cara kami menganjurkan kejohanan duni tahun ini dan juga memuji pasukan silat kami selaku juara keseluruhan.



"Apa yang penting, mereka merasakan bahawa kami telah memberi peluang sama rata kepada semua pasukan bertanding termasuk negara-negara kecil yang kurang dikenali.



"Di pusingan akhir, kami dapat lihat pesilat dari Uzbekistan dan Amerika Syarikat beradu untuk merebut gelaran juara dunia, yang mungkin sebelum ini didominasi oleh negara kuat dari rantau ini seperti Indonesia dan Vietnam. Oleh itu, mereka menghargai usaha kami."



Turut menyampaikan pujiaan dan penghargaannya ialah Setiausaha Agung Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat), Teddy Suratmadji.



Beliau berkata:



"Persilat ingin mengucapkan terima kasih kepada Persisi yang telah menyelenggarakan satu kejohanan yang menakjubkan.



"Berbanding dengan kejohanan dunia yang dianjurkan sebelum ini, saya rasa Persisi telah melakukan yang terbaik dalam waktu yang sangat singkat.



"Saya rasa kualiti pertandingan yang dipamerkan setiap pesilat sangat bagus dan juga tahap keadilan yang diberikan kepada semua pasukan sangat baik."



Sementara itu, Pegawai Eksekutif (CEO) Sport Singapore (SportSG), Lim Teck Yin, berkata pencapaian pasukan silat negara telah membuktikan bahawa tahap sukan itu kian meningkat dan mendapat perhatian umum.



"Saya rasa kejohanan ini amat menarik dan adil dan kami sangat gembira dengan prestasi pasukan Team Singapore.



"Pesilat kami telah bekerja keras untuk kejohanan ini and saya rasa mereka telah menjangkaui jangkaan kami.



"Jumlah pesilat yang berjaya meraih pingat juga menunjukkan bahawa tahap sukan silat kini sudahpun meningkat dan lebih dikenali di Singapura.



"Dari segi penganjuran kejohanan ini, kami juga telah menunjukkan bahawa kami mampu menganjurkan acara bertaraf dunia yang baik apabila semua pihak bekerjasama," ujarnya.



Ini adalah kali ketiga Singapura menjadi tuan rumah kejohanan berprestij ini selepas 2004 dan 1988.



Edisi kali ini telah menarik penyertaan lebih 300 peserta daripada lebih 40 negara dengan Singapura menampilkan 29 pesilat.




"Jumlah pesilat yang berjaya meraih pingat juga menunjukkan bahawa tahap sukan silat kini sudahpun meningkat dan lebih dikenali di Singapura. Dari segi penganjuran kejohanan ini, kami juga telah menunjukkan bahawa kami mampu menganjurkan acara bertaraf dunia yang baik apabila semua pihak bekerjasama."
- Pegawai Eksekutif (CEO) Sport Singapore (SportSG) Lim Teck Yin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >